Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2024 @ 9:19am

Terbit Semula Lagu Terlalu Cinta, Yovie Widianto Pilih Lyodra

Maestro lagu-lagu romantis Indonesia, Yovie Widianto tampil dengan buah tangan baharu dengan menerbitkan semula lagu Terlalu Cinta dengan mempertaruhkan salah seorang bakat terbaik masa kini, Lyodra.

Lagu Terlalu Cinta merupakan ciptaan Yovie Widianto yang pernah dikeluarkan pada tahun 2006 dan sempat menjadi hit ketika dinyanyikan oleh Datuk Seri Rossa.

Kali ini, Yovie Widianto memilih Lyodra untuk menyanyikan semula lagu ini dan ia diterbitkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.

“Karakter suara Lyodra sangat sesuai untuk menyanyikan lagu ini. Sejak projek ini dimulakan, nama Lyodra sudah terlintas dalam fikiran, dan hasilnya sangat memuaskan,” kata Yovie mengenai projek tersebut.

Dalam pada itu, Lyodra mengaku tugas menyanyikan kembali lagu ini merupakan sesuatu yang berat.

“Saat diajak untuk menyanyikan lagu ini, saya terus menerimanya. Walaupun ini adalah tugas berat kerana lagu ini sangat hebat ketika dinyanyikan oleh Rossa. Tambahan pula, ini adalah lagu hit, jadi awalnya memang ada tekanan, tetapi setelah menyanyikannya, semuanya terasa menyenangkan dan memuaskan,” ujar Lyodra.

Seperti yang kita tahu, single Terlalu Cinta adalah sebuah lagu cinta dengan irama pop balada yang sangat indah. Lagu ini menceritakan tentang pengalaman pahit seseorang yang terperangkap dalam cinta yang tak berbalas.

Melalui liriknya, lagu ini menyampaikan perasaan putus asa dan kesedihan kerana tidak dapat memiliki orang yang dicintai. Untuk susunan muziknya, Yovie Widianto tidak terlalu banyak menggubah lagu tersebut agar tidak menjauh dari corak asalnya.

Namun, sentuhannya dibuat lebih megah dengan penguatan di bahagian strings untuk mengiringi instrumen piano yang menjadi senjata utamanya.

Lyodra sendiri membuat lagu ini menjadi lebih segar dengan ciri khas vokalnya. Kekuatan vokal Lyodra menjadi menu utama dari seluruh susunan lagu yang disajikan dalam single Terlalu Cinta versi terbaru ini.

Bercerita mengenai video muziknya, Prialangga sebagai pengarah membuat konsep yang sederhana namun penuh makna, dengan video muzik yang bercerita seperti sebuah mini movie. Di mana ia menyertakan konflik dalam ceritanya yang membuatnya jadi lebih menarik.

Tone visual yang ditunjukan juga sangat indah untuk dilihat dan dinikmati. Selain Lyodra, video muzik ini juga dibintangi oleh Davina Karamoy yang dikenal sebagai pelakon dalam filem Ipar Adalah Maut dan Arbani Yasiz pelakon Ancika: Dia Yang Bersamaku 1995.

Apa yang membuat video muzik ini jadi menarik adalah kehadiran Rossa di bahagian-bahagian terakhir. Hal ini seolah-olah menjadi penguat dan sokongan Rossa terhadap Lyodra untuk menyanyikan semula lagu Terlalu Cinta.

Dengarkan lagu Terlalu Cinta di semua platform perkhidmatan muzik digital dan tonton muzik video di akaun rasmi YouTube milik Lyodra.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Aug 2025

Kongsi Video Anak Tanpa Hijab, Netizen Label Beego ‘Red Flag’ – “Kesian Jelita Jadi Mangsa”

Tindakna Beego itu disiftakan sebagai narsistik dan red flag oleh netizen.

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Terima Menantu, Che Ta Sebak Lepaskan Anak Sulung… Ammar Effendy Sah Bergelar Suami Auni Ikhwan

Rozita Che Wan atau Che Ta menerima menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy selamat bergelar suami kepada Auni Ikhwan sebentar tadi.

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Gayakan Legging Jarang, Fesyen Masya Masyitah Dikritik Lagi

Kita doakan yang baik-baik untuk Masya

Trending Wed, 29 Nov 2023

Segelintir Netizen Dakwa Tak Layak Pegang Watak Keluang Man… Rupanya Nas-T Lalui Proses Uji Bakat, Dipilih Daripada 300 Calon

Tak sesuai? Nas-T dah lepas ujibakat dah pun! Tak sabar nak tonton Keluang Man😊☺️

Featured Fri, 20 Jun 2025

Dakwaan Enot Kahwin P*ngkid, Individu Dikenali Sebagai Zack Tampil Respons – “Tolong Bawa Tok Kadi Datang Jumpa Saya”

Kata Zack, tuduhan yang masyarakat terhadap dirinya dan Enot adalah fitnah semata-mata.

Hiburan Thu, 2 May 2019

Big Bang Theory Cast Ending Things with a Bang

The show started with a bang and now it’s ending with a bang.

Events Wed, 5 Dec 2018

Bukan Masa Nak Tunjuk Hebat, May Tukar Strategi?

Apapun, kumpulan May memang antara lagenda masih berbisa!

Hiburan Fri, 22 Oct 2021

Selebriti Tanah Air Sambut Baik Pelancaran Keluarga Malaysia

Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 23 Oktober ini disambut baik barisan selebriti tanah air. Bagi penyanyi yang terbabit pada acara itu yang […]

error: Content is protected !!