Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 21, 2024 @ 8:04pm

“Jangan Risau, Dia Okay… Masih Sayang Keluarga” – Salina Saibi Maklum Ada Berhubung Dengan Syamsul Yusof

“Dia ada kata sebagai manusia tak lepas daripada buat kesilapan,” demikian respons pelakon, Salina Saibi memaklumkan dia ada berhubung dengan aktor dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof melalui mesej di Instagram pada minggu lalu.

Memetik laporan mStar, Salina, 42, berkata Syamsul memberitahu dirinya kini dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Saya tidak ada berjumpa dengannya, cuma banyak berkomunikasi dengan dia di DM. Dia selalu cakap dengan saya, jangan risau dia okay.

“Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul. Saya selalu pesan walau apa pun terjadi, carilah jalan yang terbaik,” katanya.

Mula menjadi sahabat sejak 15 tahun lalu, Salina bagaimanapun simpati dengan konflik rumah tangga Syamsul yang kini sedang diuji itu.

“Sebagai kawan lama, kami selalu bertanyakan khabar masing-masing. Kami dah bersahabat lama sejak filem Bohsia lagi.

“Sukar nak gambarkan apa perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul. Saya hanya berharap agar urusan dia dipermudahkan. Mungkin ada hikmah tersembunyi yang kita tak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

“Jadi, apabila berlaku perkara sebegini (perceraian) dalam hidup dia, sebagai kawan sudah tentu saya terasa,” katanya.

Sebelum ini, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar pada Isnin lalu.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakilinya, Azmi Rais yang mengatakan anak guamnya itu memfailkan cerai akibat tidak mempunyai persefahaman lagi dengan Ira.

Susulan itu, bapanya, Yusof Haslam mengakui terkejut dan tidak tahu menahu mengenai kisah rumah tangga anaknya itu setelah hampir lima tahun mereka terputus hubungan.

Artikel Berkaitan: “Tak Ingin Harta, Cuma Mahu Anakku Tersenyum & Memelukku” – Patimah Ismail

Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Anak, Mengaku Sudah Lima Tahun Tidak Berhubung – “Allahuakbar!  Kami Tak Berani Nak Komen”

Artikel Berkaitan: “Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

Artikel Berkaitan: Selepas Beri Komen Terhadap Isu Cerai Anak, Hantaran Instagram Story Patimah Ismail Raih Perhatian – “I Give Birth To You, I Love You & Always Will..”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹

Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Featured Fri, 5 Feb 2021

“Ustaz Buka Mata Ramai Pemimpin.. ” – Pertemuan Ebit Lew Dan TMJ Dapat Perhatian Ramai

Semoga lebih ramai peminpin yang mencontohi sikap Ustaz Ebit Lew, sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan🤲🏻

Hiburan Thu, 13 Feb 2025

Dah Ada Anak, Penyanyi Ditangkap Khalwat Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Beberapa Kali

Sumber mendedahkan penyanyi ditangkap khalwat sudah mempunyai anak, serta pernah gagal dalam perkahwinan

Featured Wed, 3 May 2023

Isu Serang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Beri Kebenaran Tangguh Kes Selama 4 Minggu

Kes ditangguh 4 minggu untuk melengkapkan siasatan ke atas tertuduh

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Tue, 14 Jan 2025

Nurul Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman.

Trending Sat, 7 Nov 2020
error: Content is protected !!