Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2024 @ 7:51pm

“Can You Spot The Announcement?”- Tya Arifin Umum Hamil Anak Ketiga!

Usahawan selebriti, Tya Arifin dan suaminya Asyraf Khalid berkongsi berita gembira apabila memuat naik hantaran terkini di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian video pendek tersebut, Tya dan Asyraf kelihatan duduk berdua sambil memegang surat khabar yang tertulis ‘Welcome Little One’ dan ‘Baby Is On The Way’ pada muka hadapan.

“Can You spot the announcement?,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Tya teruja dengan berita gembira tersebut.

Malah, mereka menitipkan ucapan tahniah dan berharap agar proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Sekadar info,  Tya mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Sebelum ini, Tya pernah berkongsi bahawa dia pernah menolak lamaran suaminya, Asyraf Khalid untuk berkahwin kerana tempoh perkenalan yang terlalu singkat dan usianya masih belasan tahun pada ketika itu.

Namun, Tya mengambil pendekatan untuk menjalin hubungan cinta terlebih dahulu selama setahun sebelum membawa hubungan berkenaan ke fasa seterusnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 22 Oct 2019

This South Korean Formula in Calculating Your Alleged “Ideal Weight” Got Internet Dumbfounded

South Korea’s beauty standard has always been a quite controversial topic, but this particular one is really kind of genius?

Hiburan Fri, 12 May 2023
Selebriti Thu, 23 May 2024
Featured Fri, 21 Jan 2022
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kekal Langsing Dan Miliki Kulit Cantik

Ozlynn tetap langsing dan wajahnya tiada pernah ada masalah kulit.

Featured Fri, 4 Nov 2022
Eat Travel Fri, 13 Jul 2018

Sebelum Nak Beli, Ketahui Tip Memilih Durian Yang Terbaik Ini

Kalau nak beli durian yang isinya padat, ikuti tip ini ya!

Trending Thu, 23 Jul 2020

Dua Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

Siada lagi pertambahan kes selepas ini

Eat Travel Mon, 26 Nov 2018

Felda Residence Hot Spring, Sauna Semula Jadi Wajib Dikunjungi

Mata air panas terkenal sebagai salah satu rawatan alternatif pelbagai penyakit kulit.

error: Content is protected !!