Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 12, 2023 @ 12:56pm

Mona Allen Belum Sedia Kembali Berlakon, Ingin Fokus Besarkan Anak

Setelah sekian lama tidak menghiasi kaca televisyen, pelakon jelita Mona Allen tampil menyatakan dirinya kini belum sedia ingin memulakan semula kerjaya lakonannya.

Menurut Mona, dia mahu fokus untuk menjaga dan membesarkan anaknya, Petra Pekin yang kini berusia sembilan bulan.

“Saya tak start berlakon lagi sebab kita tengah jaga dan membesarkan Petra. Mungkin saya bagi masa sampai setahun baru saya akan aktif semula berlakon.

“Tapi ada je tawaran yang datang, cuma saya memang tak ambillah sebab kalau nak shooting tu makan masa. So, saya berhenti sekejap.

“Lagi pun badan saya pun belum susut lagi, tunggu badan dah cantik sikit baru kita mula balik. InshaAllah, tahun depan,” katanya.

Terkenal dengan membawakan watak antagonis dalam drama, Mona menyatakan dirinya masih terbuka untuk membawa karakter tersebut meskipun kini sudah berhijab.

“Masih sama rasanya sebab orang kenal saya dengan watak antagonis. Kalau bawa watak baik orang tak rasa jadi kita ikut permintaan orang juga.

“Tapi saya pilih jugalah, kita tak boleh nak buat macam dulu seksi-seksi. Kita tengoklah watak-watak yang sesuai.

“Walaupun dah bertudung saya rasa orang sekarang dah pandai judge dah itu adalah lakonan. Saya tak takut pun dikecam sebab lagi pelakon lain diluar sana yang bertudung bawa watak jahat,” jelasnya.

Dalam pada itu, isteri kepada Pekin Ibrahim ini juga sempat berkongsi perkembangan terkini anaknya, Petra.

Mona berkata, dia sangat menjaga pemakanan putera kesayangannya itu dan lebih memilih untuk menyediakan makanan yang sihat.

“Buat masa sekarang ni Petra dah boleh mula merangkak dan rasanya macam bulan depan dia dah boleh berjalan dan berlari.

“Saya memang strict sikit bab pemakanan anak ni sebab saya tak suka makan dekat luar. Jadi, saya memang akan masak dan sediakan makanan sihat untuk dia dan menjaga,” katanya.

Ditanyakan berkenaan pengalaman pertama kali beraya sebagai ibu, Mona menyatakan rayanya tahun ini sedikit kalut memandangkan banyak persiapan yang perlu disediakan untuk suami dan anak.

“Tahun ni tahun pertama beraya sebagai ibu, saya agak kalut dan keliru jugalah nak buat apa sebab kita kena prepare untuk suami dan anak.

“Pekin pula bagi sepenuhnya kepercayaan kepada saya jadi saya macam cemas sikit tapi masih teratur,” katanya.

Terdahulu, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Featured Mon, 6 Apr 2026

Kamal Adli Dedah Menangis Persis Budak-Budak Saat Lafaz Cerai, Titip Pesan Buang Ego – “Ikut Saja Kehendak Isteri Selagi Tak Merosakkan Diri”

Pelakon Kamal Adli berkongsi momen paling sukar untuknya apabila mengimbau kembali saat melafazkan talak kepada isterinya bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Featured Mon, 24 Feb 2025

“Awak Ambil Vaksin Tak?” – Warganet Dakwa Imran Bard Perli Rita Rudaini?

Imran tampil dengan video parodi baru didakwa memerli pelakon Rita Rudaini

Trending Thu, 4 Jul 2019

Making Cendol the new Boba?

Twitter users debates whether the nation’s well-loved dessert should replace the boba trend.

Featured Fri, 9 Dec 2022

Single ‘Hari Baru’ Pasya Jadi OST Kampung People 3

Penyanyi Pasya atau nama sebenarnya, Faizul Ashraf Fauzi kini muncul dengan single terbaharunya berjudul Hari Baru. Lebih menarik lagi, lagu itu telah menjadi runut bunyi bagi drama Kampung People 3 yang disiarkan di slot Lestary […]

TECH Wed, 7 Feb 2018

AIR ASIA LAUNCHES FACIAL RECOGNITION SYSTEM TO SPEED UP CHECK-IN

Check out the new system and learn on how to use it when it reaches airports near you.

error: Content is protected !!