Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 22, 2024 @ 3:53pm

Dikritik Sengaja Pakai ‘Septum Ring’ Kerana Sendu, Isteri Tampil Pertahankan Remy Ishak – “Chill, Dia Dah Pulangkan…”

Penampilan pelakon, Remy Ishak yang memakai subang hidung atau ‘septum ring’ palsu dalam sebuah sidang media baru-baru ini menjadi kritikan ramai di media sosial.

Menyedari nama suaminya menjadi sebutan, isterinya Ezza Yusof tampil mempertahankan Remy dalam satu perkongsian di Instagram Story (IGs).

“Cincin (septum ring) itu dia dah pulangkan dekat saya, chill ok,” katanya.

Dalam muat naik lain di IGs, Ezza turut membidas komen individu yang mengkritik aktor filem The Experts itu didakwa sengaja mencipta kontroversi kerana semakin sendu.

Kata ibu anak satu ini, Ezza memaklumkan rezeki suaminya tidak pernah putus namun hanya memilih untuk tidak berkongsi di media sosial.

“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ni dapat cuti kerja. Bezanya suami saya ni susah nak share di media sosial. Semoga Allah permudahkan urusan adik ya,” tulisnya.

Remy Ishak Remy Ishak

Sebelum ini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak ketika ditemui di siang media drama terbitan Viu The Secret memaklumkan dia tidak kisah sekiranya netizen mengecam penampilannya memakai ‘septum ring’ meskipun kini sudah bergelar bapa.

Artikel Berkaitan: Remy Ishak Pakai Subang Hidung, Tak Kisah Dikecam Meski Berstatus Bapa – “Fesyen Saja, Dulu Tak Boleh Buat…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Alycia 323 办「我不完美」音乐会

去年12月推出第二张专辑的Alycia,将敲定于3月23日举办《我不完美》音乐会。

Trending Tue, 17 Dec 2019

Kerana PUBG, Lelaki Maut Dipercayai Terminum Sabun Basuh Baju

Terminum Sabun Basuh Baju Disangka Air Minuman

Featured Wed, 13 Oct 2021
Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Wed, 27 Nov 2024

Anak Penyanyi Tempatan Antara 6 Individu Ditahan Curi Kereta Ferrari

kejadian yang berlaku membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

error: Content is protected !!