Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 22, 2024 @ 4:13pm

“Orang Tak Tahu Awak Paling Baik, Selalu Dahulukan Yang Lain Daripada Diri Sendiri” – Amir Syahir ‘Backup’ Syada Amzah

Penyanyi, Amir Syahir tampil mempertahankan adiknya yang juga seorang penyanyi, Syada Amzah selepas hantaran ucapan ulang tahun kepada kakak mereka, selebriti Shila Amzah disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syahir yang pernah menyertai program Famili Duo bersama Shila itu memuji adiknya, Syada seseorang yang paling baik.

Bukan itu sahaja, Syahir turut berkata Syada sentiasa mengutamakan orang lain terlebih dahulu sebelum dirinya.

“People don’t know you are the kindest. Always someone else first before yourself. And that is okay, Allah ada,” katanya.

Syada Amzah

Sebelum ini, Syada tampil menjelaskan berkenaan video yang dimuat naik sempena ulang tahun kelahiran kakanya, Shila baru-baru ini.

Kata Syada, video yang dimuat naiknya itu adalah sekadar meluahkan perasaan rindunya dan sebagai cara untuknya menunjukkan pernghargaan.

Artikel Berkaitan: Tepis Dakwaan Masih ‘Ditanggung’ Kakak, Syada Amzah Anggap Mulut Netizen Sukar Ditutup… Mengaku Rindu Shila – “I Miss Her..”

Terdahulu, konflik keluarga antara Shila dan keluarga termasuk ibu dan adik-adik, Amir Syafiq serta Syada Amzah menjadi perbualan ramai sekitar penghujung tahun lalu.

Ia ekoran dakwaan Shila dikatakan telah ‘menghalau’ keluar mereka daripada kediaman banglo miliknya.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.

Sekitar April lalu, Shila pernah berkata dia masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan ibunya ketika dia sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan bersama Ubai.

Artikel Berkaitan: Luah Rasa Sayang, Fauziah Sarman Titip Ucapan Ulang Tahun Pada Shila Amzah –  “Mak Doakan Kakak Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Emosi Terganggu Ketika Hamil… Ikut Pesan Suami, Shila Amzah Akui Belum Sedia Bersemuka Dengan Keluarga – “Dia Kata Selesaikan Nanti”

Artikel Berkaitan: Akui Tak Banyak Kenangan Bersama, Ibu Shila Amzah Luah Rindu Pada Cucu – “Seth Sentiasa Dihati Uwan”

Artikel Berkaitan: ‘Halau’ Kekasih Syafiq Dari Rumah, Shila Amzah Tak Teragak Hantar Notis LOD Pada Eiza Idanie! – “Duduk Rumah Saya Tanpa Izin, Berhenti Jadi Batu Api!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Feb 2024

Kongsi Video GRWM… Puteri Balqis Dedah Pernah Dilabel Pengemis, Bertindak Sekat 300 Komen Hinaan Setiap Hari – “Don’t Be Scared To Blocked This Moron”

Mantap lah Puteri Balqis! Yang penting janagn semakkan kepala dengan pendapat orang tak berilmu❤️✌️

Featured Sat, 24 May 2025

Putri Dahlia Tak Mahu Campur Tangan Isu Rumah Tangga Ibu, Hanya Mahu Nora Ariffin Bahagia

Kemelut rumah tangga ibu dan ayah tirinya adalah hal melibatkan orang dewasa.

Featured Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Featured Wed, 6 Sep 2023

“Pegang Skrip Bergegar” – Erra Fazira Imbau Pengalaman Ujibakat Filem Sembilu 

Uishh, filem fav min Sembilu ni, tak nak ada version terkini ke eh hmm 😌

Hiburan Thu, 3 Mar 2022
familuv Wed, 4 Jan 2023

Simpan Ikan Dalam Bekas Ais Krim Netizen Terhibur Lihat Gelagat Zara Zya & Ibu

Pelakon terkenal, Zara Zya berkongsi momen kelakar bersama ibu tercintanya ketika berada di rumah. @zarazyaofficial Kenapa lah ye… #ZaraZyaOfficial ♬ Ku Bahagia – Melly Goeslaw Menerusi hantaran yang dibuat oleh Zara di laman TikTok, dia […]

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

丁当大马演唱会邀鼓鼓和《决战好声》Annabella 任嘉宾

丁当即将在 5 月 19 日吉隆坡开唱,演唱会内容打着与粉丝”超近距离接触”及” 分享心情故事” 的概念以外,更邀请了全能创作歌手鼓鼓,以及《THE VOICE 决战好声》人气学员 Annabella 蔡咏琪撑场!

error: Content is protected !!