Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2024 @ 5:03pm

Kongsi Keindahan Hidup Bermadu, Ezlynn Anggap Poligami Ujian Dari Allah – “Saya Pernah Doa Nak Masuk Syurga Tertinggi”

“Eh best lah poligami ni, because my husband do this to me…tak adalah buruk sangat, elok je suami aku layan aku, lagi sayang adalah, lagi jeles adalah”.

Demikian luahan penyanyi Ezlynn selepas mendedahkan hasrat suaminya, Wan Mohd Hafizam yang mahu mendirikan rumah tangga untuk kali ketiga dengan wanita Indonesia sebelum ini.

Menerusi video temu bual bersama Mingguan Wanita, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 42, mengaku sebelum berpoligami dia pernah berasa hancur dan sedih selepas suaminya itu mahu berkahwin lain.

“Sebelum adanya madu ni of course saya rasa , saya dah buat yang terbaik that’s why saya tanya dia… and of course juga saya ada rasa sedih, hancur, saya wanita,” katanya.

Namun, dia bagaimapun reda apabila memikirkan setiap yang berlaku adalah ujian daripada Tuhan.

“Saya fikir kenapa Allah lalukan saya jalan ni? Adakah sebab setiap doa saya? Sebab saya selalu berdoa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Aku nak masuk syurga tertinggi mu Ya Allah”.

“Awak doa syurga tertinggi, tapi awak sikit pun tak nak lalui ujian. Faham tak? So, saya rasa mungkin ini adalah doa saya sebab saya nak syurga tertinggi.

“Sebelum saya nikah dengan dia (suami) saya doa untuk cari suami yang boleh bawa saya ke syurga, iaitu syurga tertinggi mu Ya Allah.

“Kalau suami yang baik, awak tak ada dugaan… tinggi tak you punya syurga? Tidak… sebab it does not work like that.

“Untuk saya mencapai syurga tertinggi saya rasa setiap ujian yang datang saya anggap sebagai hadiah dari Allah. Alhamdulillah,” jelasnya.

@mingguanwanita Ezlynn sentiasa berdoa mahu syurga tertinggi dari Allah SWT. Tidak seperti wanita lain, Ezlynn begitu lamtang dan berkongsi keindahan berpoligami. Apatah lagi suaminya merupakan seorang yang baik dan bijak dalam berpoligami. #mwambiltahu #mingguanwanita #poligami #fyp ♬ original sound – MingguanWanita

 

Sedar tidak semua wanita boleh menerima poligami dengan berlapang dada, tetapi komunikasi antara kedua belah pihak adalah amat penting untuk melalui fasa bermadu.

“Bagi saya seorang wanita dekat dunia ni semua tak boleh terima poligami. Tengok tahap mental you guys, kalau anda memang kuat dan kalau memang Allah jadikan anda untuk berpoligami, Allah akan uji orang yang boleh diuji.

“So, kalau anda rasa anda boleh, cakap boleh…begitu juga sebaliknya. Cakap dengan suami siap-siap. Kalau tak, beritahu suami sebab akan takut keluar daripada agama. Itu yang perlu dipentingkan.

“Kalau suami pandai jaga hati, pandai pujuk dan menjalankan tugas dengan betul dan membuatkan awak akan rasa seronoklah poligami ini,” ujarnya.

Terdahulu, Ezlynn percaya bahawa fitrah seorang lelaki adalah mencintai wanita lebih dari satu dan soal rumah tangganya dia menyerahkan segala-galanya kepad ketentuan Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Ezlynn Beri Keizinan Suami Nak Cari Isteri Ketiga – “Dia Nak Orang Indonesia Pula”

ARTIKEL BERKAITAN:Izin Suami Kahwini Doktor Usia 26 Tahun, Ezlynn Reda Bermadu – “Poligami Bukan Untuk Semua Wanita”

 

Sumber: TikTok Mingguan Wanitaa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jul 2021

Nia Ramadhani Dan Suami Ditahan Polis, Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu

Aktres jelita Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan ditahan oleh pihak polis hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber berita Indonesia, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika […]

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Takut Di Saman Oleh Linda Rafar, Ramai Yang Mula Minta Maaf

Tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen mendapat pujian kerana Linda merupakan selebriti pertama berbuat sedemikian

Featured Mon, 6 Sep 2021

Qari Terkenal Berdepan Tuduhan Gangguan Seksual, Didakwa Dengarkan Bacaan Al-Quran Selepas Merog*l

Qari dan pendakwah popular yang dikenali di beberapa negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia, Fatih Seferagic dilaporkan berdepan dengan dakwaan tuduhan seksual. Menerusi laporan FACE, Fatih didakwa atas pertuduhan seksual ke atas ramai wanita dan difahamkan mangsanya yang […]

Hiburan Wed, 11 Jun 2025

Dakwa Asyik Ditindas, Rezza Shah Bongkar Sikap Bekas Pengurus? – “Suka Pegang, Payment Aku Pun Senyap!”

Rezza Shah bongkar bekas pengurus suka pegang-pegang, dakwa songlap duit?

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular

Allahuakbar, nak bekerja pun takut dah sekarang ni macam tu je kena cabul 😭

Featured Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Muzik Video Zizan Razak Antara Yang Paling Trending!

Tak hairan lah kenapa muzik video ni trending!

Hiburan Sun, 15 Mar 2026

The Fabulous Cats Lancar “Satu Syawal”, Tanda Permulaan Kepada Projek Seni Lebih Besar

Kumpulan The Fabulous Cats kembali menghangatkan industri muzik tanah air menerusi pelancaran lagu raya terbaharu berjudul Satu Syawal, hasil kerjasama dengan Luncai Emas Sdn. Bhd. Satu Syawal bukan sekadar lagu raya biasa, karya tersebut membawa […]

error: Content is protected !!