Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 24, 2024 @ 4:53pm

Kongsi Berita Anak Rayu Ibu Pulang, Hantaran Abby Abadi Raih Perhatian – “Jaga Dari Kecil, Belum Apa-Apa Dah Dilupakan”

Pelakon Abby Abadi memuat naik perkongsian mengenai rayuan seorang anak yang berharap agar ibu mereka pulang sejak sebulan menghilangkan diri.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkongsi mengenai tangkap layar laporan berita Sinar Harian mengenai empat beradik yang menanti kepulangan ibu mereka sejak ditinggalkan pada 18 Julai lalu.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, kata-kata yang ditulis Abby menerusi perkongsian tangkap layar tersebut.

“Yang ada anak, anak masih perlukan kasih sayang ditinggalkan pula. Yang masih ada mak bapak, tinggal sekali, jaga dari kecil, belum apa-apa dah dilupaka. Inilah dunia tipu-tipu,” kongsinya.

Sebelum ini media melaporkan, anak sulung Marissa Dania Hakim yang juga anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

Menurut sumber Harian Metro, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang selepas Marissa mengadu sakit perut.

Malah, difahamkan juga berita mengenai kejadian itu hanya diketahui oleh Norman dan orang terdekat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:Alami Sakit Perut, Bayi Sulung Marissa Dania Hakim Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan 

ARTIKEL BERKAITAN:“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN:“Macam Ada Isi Je…” – Penampakan Baby Bump, Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 12 Apr 2025
Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Featured Thu, 11 Aug 2022
Trending Wed, 21 Apr 2021

83 Kluster Dikesan Libatkan Sektor Pendidikan – KKM

Ibu bapa, guru dan pelajar patuh SOP okay!

Trending Fri, 29 Jun 2018

Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Ditutup

Menurut pihak berkuasa, lapangan terbang itu ditutup sejak jam 3 pagi tadi (waktu tempatan) dan dijangka berterusan hingga hari ini.

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Azhan Rani Mahu Lebih Dari Trofi?

Pelakon, Azhan Rani yang juga pemenang trofi Antagonis Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 berpendapat sudah tiba masanya pelakon diberi pengiktirafan selain daripada menerima trofi apabila memenangi sesuatu anugerah.  Memetik laporan BH Online, […]

error: Content is protected !!