Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2024 @ 1:18am

“Jangan Pernah Menyesal Jadi Terlalu Baik, Kerana Hadiahmu Bukan Pada Manusia Tapi Allah” – Umisya Mazlan

Susulan berita tular mengenai kehilangan anak sulung pempengaruh, Marissa Dania Hakim tular, madunya, Umisya Mazlan akhirnya tampil memberikan respons.

Menurut Umisya, dia pening dengan spekulasi yang timbul dalam kalangan netizen apabila mereka seakan-akan tidak mempunyai empati sehingga tidak dapat membezakan musibah.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, Umisya ada berkongsi hantaran yang diterimanya oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa dia sengaja memuat naik hantaran berupa video sedih semata-mata mahu meraih simpati.

“Macam-macam spekulasi manusia niya… pening kepala. Dah tak reti bezakan musibah dan lain-lain?,” kongsinya.

Bahkan, individu berkenaan juga sempat mendoakan agar suaminya, Aslam dan Marissa bahagia hingga ke syurga.

Pada Sabtu, berita mengenai kematian anak sulung Marissa mengejutkan ramai pihak.

Malah, lebih mencuri perhatian, ibu kepada pempengaruh itu yang juga pelakon Abby Abadi mendakwa dia masih tidak mengetahui mengenai berita sahih tersebut.

Terdahulu, menurut sumber Harian Metro, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang.

Bahkan, difahamkan juga, perkara ini hanya diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:Alami Sakit Perut, Bayi Sulung Marissa Dania Hakim Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan 

ARTIKEL BERKAITAN:“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN:“Macam Ada Isi Je…” – Penampakan Baby Bump, Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Nov 2023
Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Thu, 11 Nov 2021

“Tak Tahulah Pula Ada Sampai Termuntah Darah…” – Terima Pujian & Kritikan, Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Ada Sambungan?

Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose yang telah berakhir pada minggu lalu mendapat sambutan hangat orang ramai. Namun, terdapat ramai juga netizen yang memberikan komen negatif berhubung drama […]

Events Wed, 6 Mar 2019

Ammar Dan Achey Bawa Pulang RM10K?

Syabas buat gandingan double A ini!

Trending Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] Kesal Wajah Dikritik Seperti B*b*, Misha Omar Tampil Pertahankan Nadeera Zaini 

Yang suka menghina paras rupa orang lain, berkawanlah dengan cermin – Misha Omar

Featured Tue, 29 Nov 2022
error: Content is protected !!