Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 26, 2024 @ 1:34pm

Netizen Berang, Buat ‘Party’ Di Ruangan Komen IG Abby Abadi ‘Sekolahkan’ Marissa Dania – “Sombong Nak M****s! Terpaling Aslam Je Kat Mata Dia”

Pelakon Abby Abadi mencuri tumpuan selepas berkongsi kata-kata semangat dan beberapa video pendek di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Abby seakan meluahkan perasaannya terhadap isu yang menimpa dirinya dan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim baru-baru ini.

“Tak perlu berusaha menjadi Mama yang sempurna.. tapi berusahalah menjadi mama yang bahagia. Kerana kita harus waras. Waras untuk menguruskan rumah tangga, suami, anak-anak dan hal-hal lain.

“Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat ambil lah masa untuk berehat kerana kita juga manusia,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadj_112)

 

Sebak dengan perkongsian dan kata-kata yang ditulis oleh pelakon dan penyanyi itu, rata-rata warganet terpanggil untuk meninggalkan pelbagai komen pada hantaran berkenaan.

Malah,  ramai dalam kalangan pengikutnya memuji sikap Abby yang dianggap sebagai seorang wanita kuat kerana sering diuji dengan isu kontroversi anak perempuannya.

Meskipun ramai yang menganggap Abby sebagai wanita kuat dan wajar dijadikan inspirasi, namun ada dalam kalangan pengikutnya tampil berani menegur tindakan Marissa dan Aslam yang dianggap sebagai ‘kurang ajar’ kerana sanggup membelakangi ibu kandungnya sendiri.

Terdahulu, Marissa dilaporkan turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan harapan Abby membalas mesejnya di aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, komen berkenaan telahpun dipadam sebaik sahaja ia dimuat naik.

Setakat artikel ini ditulis, video reels itu telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Kekasih Cita Citata Usahawan Kaya Indonesia?

Beberapa kali putus cinta, akhirnya…

Featured Tue, 1 Nov 2022

Lagu Baru Meer Nash Ditujukan Buat Bekas Kekasih

Penyanyi Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya, Muhammad Shahmeer Mohd Nashrul kembali dengan single berjudul Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir. Lagu yang menampilkan […]

Featured Mon, 18 Oct 2021

KKM Mahu Bersemuka Dengan Kumpulan Antivaksin

Susulan kes kumpulan antivaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan  berdasarkan kajian klinikal yang sahih. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, perjumpaan tersebut perlu […]

Hiburan Mon, 10 Jul 2023
Featured Tue, 9 Aug 2022

Diserang Sawan Berulang Kali, Bapa Maklum Keadaan Ainul Mardhiah Makin Teruk – “Perit Tak Terucap Bila Tengok…”

Allahuakbar! Moga adik Ainul diberikan kesembuhan segera♥♥♥♥♥

Trending Sun, 3 Feb 2019

Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Makin Membimbangkan, Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Bekas Kekasih Kahwini Syahrini, Luna Maya Tetap Kuat

Dah tiada jodoh, sabarlah Luna…Insya Allah ada jodoh baik menanti lepas ni.

Trending Mon, 4 Mar 2019

Wanita ini memberikan 200 beg cenderahati kepada penumpang

Hendak marah pun fikir dua tiga kali.

error: Content is protected !!