Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 27, 2024 @ 8:32pm

Hampir 3 Dekad Berbakti Dalam Perubatan Regeneratif, Penyanyi Nasyid Kumpulan Saujana Dr Idzu Terima Gelaran Datuk

Penyanyi nasyid kumpulan Saujana dan usahawan, Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, baru-baru ini.

Dr Idzu, 43, atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin berkata, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif.

“Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.

“Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.

“Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yg sangat mengujakan,” katanya.

Idzu yang juga pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd sejak 13 tahun lalu, berterima kasih atas penganugerahan diberikan.

“Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini,” katanya.

Cell Tissue Technology Sdn Bhd ditubuhkan pada 2010 sebagai syarikat berteknologi perubatan maju di Malaysia. Ia adalah ‘spin-off’ daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga universiti dan institut penyelidikan terkemuka di negara ini.

Syarikat itu juga menjadi peneraju utama dalam bidang Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif di Malaysia sejak penubuhannya. Malah, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cell Tissue Group merangkumi teknologi perubatan canggih yang berpusat pada Terapi Sel Stem, Imunoterapi Berasaskan Sel, serta Terapi Secretome dan Exosome.

Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.

Antaranya, Pengiktirafan SOONICORN oleh MOSTI (2024), Pengiktirafan Top 30 Usahawan Techno Dreams oleh MTDC (2023),
Pengiktirafan sebagai Malaysia’s New Industrial Plan 2030 oleh MITI dan MIDA, Sumbangan Teknologi Terkini 3D Bioprinters Bernilai RM0.5 juta Kepada UKM, Penganugerahan sebagai Diplomat Malaysia Pertama oleh American Board of Regenerative Medicine (ABRM).

Selain itu, pada 2016 mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s “First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records.

Menariknya juga, Dr Idzu masih aktif dalam bidang muzik.

Terbaharu, kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Aug 2022

“Terima Kasih Kerana Mendoakan. Saya Dah Fikir Semasak-Masaknya” – Elyana Perjelas Isu Tak Berhijab

“Dulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat“ – Elyana

Trending Fri, 26 Mar 2021
Featured Fri, 29 Jul 2022

“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

Tapi kalau Adi Putra berlakon memang best! drama best, filem apatah lagi♡♡♡

Trending Tue, 30 Oct 2018

5 Tragedi Mengerikan Pesawat Lion Air Yang Mengorbankan Banyak Nyawa

Bukan kali pertama mengalami kecelakaan, 19 insiden telah berlaku sejak pesawat Lion Air beroperasi pada Jun tahun 2000.

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Cantiknya Khadijah Alkubraa Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati. “Subhanallah, Alhamdulillah, […]

Featured Mon, 1 Dec 2025
Hiburan Tue, 21 May 2024
Trending Sun, 1 Nov 2020

Bakal Berkahwin Mac Depan, Neelofa Sah Dirisik PU Riz?

Tahniah Lofa dan PU Riz, semoga hubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin????

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 12 Lebih Berseri Dengan Kehadiran Aafiyah

Alhamdullillah, first time celebrating our 12th anniversary with little angel #sitiaafiyahkhalid,” tulis Siti ringkas, namun penuh makna.

error: Content is protected !!