Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2024 @ 4:04am

Sempena FFM 33, FINAS Anjur Sesi Tayangan & Apresiasi Filem… Jadi Program Perkongsian Idea, Pendapat Secara Ilmiah

Sempena dengan acara Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) yang akan berlangsung pada 7 Disember ini, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan sebuah program iaitu Sesi Tayangan dan Apresiasi Filem selama lima hari bermula pada 2 Disember hingga 6 Disember 2024.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FINAS, program ini melibatkan tayangan filem-filem yang tercalon bagi kategori Filem Terbaik untuk FFM33.

“Tujuan utama program apresiasi filem ini dianjurkan adalah untuk membuka peluang penyertaan kepada masyarakat umum yang berminat untuk mengikuti sesi tayangan dan apresiasi filem berkaitan perkongsian idea dan pendapat mengenai filem-filem secara ilmiah bersama ahli-ahli panel.

“Selain itu, program ini juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa,” ujar kenyataan tersebut.

Antara filem-filem yang terlibat adalah seperti Duan Nago Bogho, Imaginur, Mechamato Movie, Hungry Ghost Diner dan Rain Town.

Menerusi kenyataan itu lagi, program tersebut dibuat saban tahun yang mana Sesi Tayangan & Apresiasi merupakan program sisipan sempena Festival Filem Malaysia.

Sementara itu, program yang dianjurkan itu adalah terbuka kepada orang ramai dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan.

Menurut FINAS, antara intipati aturcara semasa program berkenaan adalah tayangan filem dan kemudian sesi diskusi.

“Bagi sesi tayangan dan apresiasi, antara intipati program apresiasi akan dilaksanakan bermula dengan tayangan pada pukul 8.00 malam di Hall 8, GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

“Sebaik sahaja selesai tayangan akan dimulakan sesi apresiasi dengan Moderator dan panel-panel bersama penonton yang hadir,” ujarnya.

Pihak FINAS juga menyarankan agar pendaftaran dapat dibuat segera kerana setiap sesi tayangan dan apresiasi adalah terhad kepada 100 orang sahaja.

Untuk orang ramai yang ingin menyertai program berkenaan boleh mendaftar kehadiran di pautan https://forms.gle/rwL63GvGEMY4UqUVA atau imbas QR Code
yang tertera.

Setelah pendaftaran dibuat, boleh hadir di kaunter urusetia di pintu masuk pawagam dengan membawa notifikasi yang diterima di emel pendaftar.

Di samping itu, FINAS juga akan mengadakan sesi tayangan umum filem-filem yang bertanding sempena FFM33 secara percuma bermula 30 November hingga 6 Disember 2024 di pawagam GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan tayangan
pada 1 Disember 2024 di GSC Imago Kota Kinabalu, Sabah dan GSC Spring Mall Kuching Sarawak.

Sesi Tayangan & Apresiasi Filem Sempena FFM33

Tarikh: 2 Disember 2024, 8.00 malam (GSC MID VALLEY, Kuala Lumpur)
Filem: Duan Naga Bogho
Ahli Panel: Datuk Arifful Ahmadi Ab Rahman (Penerbit)
Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman (Pelakon)

Tarikh: 3 Disember 2024, 8.00 malam (GSC MID VALLEY, Kuala Lumpur)
Filem: Imaginur
Ahli Panel: Nik Amir Mustapha (Pengarah)
Diana Danielle (Pelakon)

Tarikh: 4 Disember 2024, 8.00 malam (GSC MID VALLEY, Kuala Lumpur)
Filem: Mechamato Movie
Ahli Panel: Muhammad Anas Abdul Aziz (Pengarah Kreatif)
Dzubir Mohammed Zakaria (Pengarah)

Tarikh: 5 Disember 2024, 8.00 malam (GSC MID VALLEY, Kuala Lumpur)
Filem: Hungry Ghost Diner
Ahli Panel: Cho We Jun (Pengarah)
Chen Puie Heng @ Rabbit Heng (Pelakon)

Tarikh: 6 Disember 2024, 8.00 malam (GSC MID VALLEY, Kuala Lumpur)
Filem: Rain Town
Ahli Panel: Tunku Mona Riza (Pengarah)
Chew Kin Wah (Pelakon)

Sesi Tayangan Umum Filem-filem Yang Bertanding FFM33

– Tayangan filem secara percuma kepada orang awam
– Orang ramai boleh mendaftar melalui kaedah seperti berikut:

• Pendaftaran di pautan https://tinyurl.com/TayanganPercumaFFM33 atau imbas QR Code pada Poster tayangan atau hadir secara walk in semasa hari tayangan.

Jumlah tayangan filem : 63 judul filem
Tarikh tayangan: 30 November – 6 Disember 2024

Masa: Bermula 11.00 pagi – 8.00 malam

Lokasi Tayangan:
• Hall 7 & 8, GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur,
• Hall 2, GSC Imago Kota Kinabalu, Sabah dan;
• Hall 8, GSC Spring Mall, Kuching, Sarawak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 May 2018

Sheila Rusly Kecewa Dengan Syafiq Kyle?

“Saya tak boleh sewenang-wenangnya tukar pelakon sebab watak itu dipegang oleh Syafiq, kalau orang lain lakonkan dah tak jadi Dekatkan Jarak Kita…

Selebriti Sat, 24 Feb 2024
Events Fri, 13 Jan 2023

Bakal Diadakan 15 Mac Ini, Konsert Patah Hati Bakal Gabung 6 Penyanyi Hebat Di Malaysia

Sesuatu yang sangat istimewa bakal menanti peminat hiburan khususnya yang cukup menggemari lagu-lagu cinta dan melankolik. Buat julung kalinya, ANS Diversified Sdn Bhd akan mempersembahkan Konsert Patah Hati sebuah persembahan yang menggabungkan enam nama hebat […]

Hiburan Sat, 18 Jan 2025
Featured Thu, 17 Mar 2022

Didakwa Menghina, Wakil OKU Buat Laporan Polis Terhadap Kak Long 7E

Fuh, semoga laporan polis ini akan memberi pengajaran kepada Kak Long 7E..

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

BIGBANG太阳4年恋情开花结果!与闵孝琳明年2月结婚

韩国男团BIGBANG成员太阳与闵孝琳在2015年6月公开恋情,至今已交往了超过两年时间;日前两人更是被爆将在明年2月结婚,不久后两人的经纪公司先后确认了该消息!

Featured Thu, 4 Aug 2022

Selepas Tayang Beli Kereta ‘H’, Afieq Shazwan Sering Terima DM Ajak Kahwin – “Aku Nak Masuk Minang Kau Ni”

Aduhai, ada ‘H’ je terus nak ajak kahwin eh? 😂 Kalau panggil materialistik kang marah pulak 🫣

error: Content is protected !!