Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 30, 2024 @ 12:00pm

Kes Saman Selesai… Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Kepada Puteri Sarah Secara Terbuka Depan Hakim

Kes saman membabitkan pelakon, Puteri Sarah ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwie Arvienda Mazweena selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Memetik laporan OhBulan!, Puteri Sarah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah itu secara baik.

Peguam Datuk Akberdin, mewakili Puteri Sarah menjelaskan perbicaraan kes tersebut tidak diteruskan selepas berlakunya perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif bersama defendan di luar Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur hari ini.

Ketika prosiding berlangsung, defendan iaitu Wiwi memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah dan kesal atas tindakannya memuat naik hantaran berbaur tohmahan.

Permohonan maaf tersebut dilakukan di hadpaan Hakim Puan Yasmin Abdul Razak.

“Saya Wiwie Arvienda Mazweena membuat permohonan maaf terhadap Puteri Sarah atas kesalahan posting yang saya lakukan pada 24 Ogos 2023,” katanya.

Dalam pada itu, Akberdin yang membaca draf penyataan berkata pihak defendan dan plaintif bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiarkan maklumat mengenai satu sama lain di media sosial.

Malah, Wiwi juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat secara terbuka di Instagram selama tujuh hari bermula hari ini.

Kredit foto/Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Aug 2022
Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Man Kidal Lega Dapat Tunai Hasrat Arwah Sahabat, Lancar Lagu ‘Aspirasi Raya’

Man Kidal meluahkan kelegaan apabila berjaya menunaikan hasrat arwah sahabatnya, Kidat dengan menerbitkan lagu raya berjudul Aspirasi Raya.

Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Terinspirasi Dengan Aliff Syukri, Ammar Ahyan Minat Nak Sertai Bidang Politik

Ammar Ahyan simpan minat nak ceburi bidang politik.

Featured Mon, 9 Mar 2026

Dihina Busuk & Sengau, Intan Maya Menangis 2 Mingggu Gara-Gara Dikecam Netizen

Kata Intan dia tidak menyangka akan menerima kecaman sedemikian, namun memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

Hiburan Fri, 23 May 2025
Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Ehem…Ayda Jebat Tengah Cari Tarikh Sesuai?

Kalau kita lihat, ramai penyanyi baru yang keluar dengan lagu-lagu popular. Saya tak mahu overshadow. Beri ruang dan peluang kepada lagu lain dulu.

error: Content is protected !!