Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 2, 2024 @ 5:27pm

“Penat Bela Dari Kecik, Tiba-Tiba Tajuk ‘Anak Legenda JDT’… Celah Mana?” – Rita Rudaini Luah Rasa Berang

Pelakon jelita, Rita Rudaini meluahkan rasa berang apabila tajuk berita melaporkan anak sulungnya, Airit Rayyan yang bersaing dalam acara 100 meter kategori L4 di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024 dikaitkan dengan bekas suaminya, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan.

Menerusi status di Instagram Story, Rita kesal apabila anak yang dijaga sejak kecil tanpa bantuan mana-mana pihak termasuklah bekas suaminya mendapat gelaran ‘anak lagenda JDT’.

“Aku penat bela dari kecil. Tiba-tiba tajuk ‘anak lagenda JDT. Kepala atok hang. Saja nak viral cara jahat.

“Sapa ‘lagenda JDT’ tu? Apa kaitan dengan anak aku? Celah mana lagenda,” bidasnya.

Rita Rudaini

Rita Rudaini

Rita Rudaini

Sebelum ini, Rita bangga apabila Airit Rayyan berjaya memecahkan rekod acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam yang berusia 20 tahun.

Namun pada Isnin, Airit gagal melayakkan diri ke pusingan kelayakan selepas menyertai acara 100 meger kategori L4 di MSSS.

Artikel Berkaitan: Membanggakan! Lepas Hadiah Keputusan Cemerlang, Anak Rita Rudaini Pecah Rekod 20 Tahun Acara 100 Meter

Artikel Berkaitan: “Nak Cover Salah Tiba-Tiba Buat Doa Selamat, Berbakti Kat Anak Yatim” – Rita Rudaini Perli Siapa Tu?

Artikel Berkaitan: Anak Mahu Jadi Pemain Bola Sepak Profesional, Rita Rudaini Bagi Pesanan – “Jadi Player Yang Pandai, Dalam Bola Bukan Guna Kaki Saja, Kena Guna Akal Juga”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Jan 2025
Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Wajar Tambah Pengeluaran i-Citra, Ubah Bayaran Dividen Kepada Struktur Berperingkat

KWSP disarankan menaikkan pengeluaran i-Citra dan mengubah pembayaran dividen kepada struktur berperingkat. Cadangan itu diutarakan oleh Ahli Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. “Seperti kita sedia maklum, berjuta-juta […]

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

Priyanka Chopra Bakal ‘Bridesmaid’ Meghan & Putera Harry?

Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan Putera Harry, 34

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Tue, 9 Sep 2025
Events Wed, 23 Jan 2019
error: Content is protected !!