Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 2, 2024 @ 6:40pm

“Tak Boleh Tolak Kecewa & Harap Bahagia Semata, Perlu Ikhlas Dalam…” – Aisyah Hijanah Fail Cerai, Alif Teega Tenang Beri Kata-Kata Nasihat

Pempengaruh sensasi, Alif Teega memuat naik sebuah video memaparkan dirinya memberi sedikit kata-kata motivasi.

Menerusi perkongsian tersebut, Alif berkata setiap manusia perlu menerima setiap perkara dan perasaan yang berlaku dalam hidup sama ada perkara yang baik atau buruk serta tidak terlalu mengharapkan kebahagiaan semata-mata.

Alif mempercayai bahawa sekiranya kita menerima segalanya dengan ikhlas, kehidupan juga akan menjadi tenang.

“Kita perlu terima setiap rasa yang kita lalui dalam hidup kita. Kita tak boleh mengharapkan semata-mata bahagia.

“Kita juga tidak boleh menolak kecewa, luluh dalam hati kita kerana itulah fitrahnya.

“Tetapi seandainya kita mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti kita akan tenang,” katanya dalam video berkenaan.

Alif Teega

Sebelum ini, rumah tangga Alif dan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah didakwa sedang bergolak selepas wanita itu memfailkan perceraian pada Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Aisyah berkata dia membuat keputusan sendiri untuk berpisah, tidak melibatkan mana-mana pihak.

Sekadar info, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Sebelum ini, Alif berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Banyakkan Baca Al-Quran..Solat Sunat Taubat”- Rakan Luah Rasa Rindu Pada Alif Teega & Aisyah Hijanah

Artikel Berkaitan: Alif Teega Minta Individu Disebalik Akaun FB ‘Scam No One’ Dedah Identiti Sebenar, Dakwa Pemfitnah ‘Edit’ Bukti Seleweng Dana

Artikel Berkaitan: Konflik Rumah Tangga Alif Teega Kahwin Dua Dianggap Marketing, Aisyah Hijanah Perjelas Keadaan Sebenar – “Saya Cuba Untuk Bersangka Baik…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

‘Hello, Boleh Saya Bantu?’ -Zaaim Rindu Kerja Kedai Fast Food

Wah…seronok lah pelanggan bila pesanan diambil daripada sang Juara pula tu!

Hiburan Tue, 13 Oct 2020

“Dekat Di Hati Saya Kerana…” – Achey & Nabil Sumbang RM15,000 Bantu Kajian Barah Payudara

Dua pelawak popular, Achey dari kumpulan Bocey dan Nabil Ahmad memberikan sumbangan kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM)- Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES). Sumbangan sebanyak RM15,000 itu diberikan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara […]

Trending Fri, 10 May 2019

#SetulusIkhlas : Lumpuh Otak, Tapi Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Semoga kita mengambil iktibar dengan kebolehan adik Naja!

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

PANDAI WAK DOYOK PILIH?

Malika juga turut meng upload gambar bersama kekasihnya itu berserta status yang mungkin secara tidak langsung memberi hint tentang relationship beliau bersama Wak.

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

Erra Fazira Nafi Dakwaan Sudah Tetap Tarikh Nikah Dengan Ezwan Zain

Erra Fazira lebih selesa memilih majlis yang sederhana

Featured Mon, 11 Aug 2025

Suami Puji Atikah Suhaime Sanggup Tolak Tawaran Jenama Mewah Bernilai RM1.2 Juta

Atikah kekal dengan pendirian menolak tawaran jenama yang patut diboikot.

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

IN2IT’S Jinsub Departs From Group with Sincere Handwritten Letter

IN2IT’s Jinsub has decided to depart from the group due to health issues.

FESYEN Wed, 13 Feb 2019

Pertama Kali Potong Rambut, Gambar Anak Kourtney Kardashian Curi Tumpuan

Comelnya! Sekali pandang nampak macam Khloe pula kan?

error: Content is protected !!