Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 2, 2024 @ 8:14pm

Siap Ajak Pergi Dubai, Da’i Syed Didakwa Ganggu Wanita Berstatus Isteri Orang Ketika Hana Ismail Sedang Hamil?

Pendakwah selebriti, Da’i Syed semakin hangat menjadi perbualan ramai selepas tular dakwaan dirinya menganggu seorang wanita berstatus isteri orang.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, wanita tersebut mendedahkan perbualan mesej dipercayai antara mereka di Instagram sekitar bulan Mei lalu.

Malah, Da’i Syed dipercayai menganggu serta mengajak wanita tersebut berbual ketika isterinya, Hana Ismail sedang sarat mengandung.

“Dia tahu bahawa saya sudah berkahwin serta mempunyai anak dan lebih teruk, isteri dia pun sedang hamil pada ketika itu.

“Tapi dia tetap mengganggu saya dengan ayat, ‘Jom call’, ‘Nak call’ (untuk makluman saya tak pernah menjawab panggilan telefon dia),” katanya.

Lebih mengejutkan, bapa anak satu ini turut mengajak wanita tersebut untuk mengikutinya ke Dubai.

“Mula-mula saya fikir mungkin dia nak minta nasihat undang-undang saja tetapi mula pelik bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai.

“Waktu itu, saya rasa sangat mencurigakan. Saya pula jenis yang bersangka baik tapi bukannya bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petujuk,” katanya lagi.

Da'i Syed Da'i Syed

Pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga kali sebatan selepas didapai bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun, di sebuah kondominum, lima tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Seriuslah Main Dengan Darah Mereka?” – Netizen Berang, Dakwa Da’i Syed Tak Sensitif Isu Palestin Ketika Live Di TikTok

Artikel Berkaitan: “Moga Ada Keajaiban” – Abby Abadi Sedih Da’i Syed Dihukum Penjara?

Artikel Berkaitan: Isteri Masih Dalam Pantang, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Atas Dakwaan Merogol

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Apr 2022

Akhirnya Hak Jagaan Anak Vanessa Angel Selesai, Gala Sky Diserah Kepada Bapa Mertua

Akhirnya hak penjagaan anak kepada pasangan Allahyarham Vanesza Adzania atau lebih dikenali sebagai Vanessa Angel dan Bibi Adriansyah akhirnya selesai apabila hampir lima bulan perkara ini menjadi kes mahkamah. Memetik laporan Tribunnews, hak penjagaan anak […]

Hiburan Fri, 30 Aug 2024
Trending Tue, 7 Nov 2023
Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Transformasi Wajah Jadi Bualan Netizen, Apa Komen Alif Satar?

Agak-agak korang setuju tak dengan apa yang ditulis netizen? Betul ke duit boleh ubah segalanya?

Events Thu, 6 Mar 2025

Bantu Golongan Memerlukan, Media Prima Berhad & Nestle Malaysia Agih 1,300 ‘Kotak Rezeki Dari Hati’

Inisiatif ini tuut mendapat sokongan ramai pihak dan jenama Lokal.

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

GILIRAN ABAM JADI PENYANYI

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ini mahu membuktikan dirinya seorang yang versatile. Cayalah Abam!

error: Content is protected !!