Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 3, 2024 @ 2:09pm

“Saya Sanggup Berlutut Mohon Maaf…” – Abang Tesla Merayu Netizen Henti Ganggu Mental Kedua-Dua Isteri

Pempengaruh, Abang Tesla merayu kepada orang ramai untuk berhenti mencela isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi yang sedang berpantang.

Menerusi status dimuat naik di Instagram Story (IGs), Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 30, memikul segala kesalahan terhadap perkara yang berlaku dalam rumah tangganya.

Malah, Abang Tesla juga berkata dia sanggup berlutut memohon maaf sekiranya perbuatannya itu telah mengguris hati netizen.

“Saya merayu untuk serang saya sahaja. Saya betul-betul merayu untuk lemparkan kesalahan itu pada saya sahaja.

“Semua salah datang dari saya, dan jangan serang isteri nombor dua sebab dia dalam pantang lagi.

“Dan saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakitkan hati kalian. Saya sanggup buat apa sahaja janji anda tak menganggu mental kedua-dua isteri saya,” katanya.

Abang Tesla

Sebelum ini, Abang Tesla meluahkan rasa kesal apabila berita kelahiran anak sulung bersama isteri keduanya tular di media sosial meskipun sudah berusaha untuk menyembumikan perkara tersebut.

Bahkan, isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari telah dihina mandul dipercayai oleh keluarga madunya.

Abang Tesla Abang Tesla

Artikel Berkaitan: Giliran Abang Tesla Ulas Isu Alif Teega, Sempat Titip Pesanan Pada Kaum Wanita – “Hati-Hatilah, Check Phone Pasangan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Jul 2025
Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Featured Thu, 25 May 2023
Trending Wed, 20 Oct 2021

Proses Mediasi Gagal, Perbicaraan Penuh Dilanjutkan – Siti Nordiana Dakwa Sering Disindir Di IG Live Oleh Lima Sekawan

Penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa dirinya sering disindir di Instagram (IG) Live penyanyi Lan Solo, sehingga peminat mula menyedari perkara itu dan mempercayai kata-kata fitnah dilemparkan terhadapnya. […]

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Wed, 16 Jul 2025

“Family Day” – Shila Amzah Muat Naik Foto Mesra Bersama Bakal Suami Ibu?

Shila Amzah kongsi momen mesra bersama bakal bapa tiri

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

“Gila Glamour, Tagih Simpati” – Intan Liana Terkilan

Intan Liana terkilan dengan sesetengah pihak yang mengatakan dia menagih publisiti murahan dan gila glamour.

error: Content is protected !!