Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 3, 2024 @ 4:15pm

“Datang Set Dalam Karakter Selekeh, Tak Berlagak Diva” – Mudah Bekerjasama, Azhan Rani Puji Sharifah Sakinah

Pelakon, Azhan rani memuji sikap profesional ditonjolkan oleh aktres, Sharifah Sakinah yang tidak ‘diva’ sepanjang menjalani penggambaran bersama. 

Menganggap aktres itu sebagai seorang heroin paling mudah memberi kerjasama, Azhan berkata Sakinah tidak pernah merungut meskipun mengalami kecelakaan ketika menjayakan watak berat dalam drama berjudul Wok, arahan Eyra Rahman.

“Aku jarang nak puji orang tapi dia buat aku hormat sungguh cara dia bekerja. Seberat mana pun watak, dia bawa untuk mudahkan kerja orang lain. Tak payah berlagak diva walaupun heroin.

“Sekalipun tak pernah dengar dia merungut walau badan sakit, tangan calar-balar. Apa lagi mempertikaikan kerja pengarah. Dia buat tanpa banyak songeh. Senang kerja dengan dia,” katanya.

Azhan Rani Azhan Rani

Dalam perkongsian dimuat naik di Instagram itu, Azhan menyifatkan Sakinah seorang pelakon yang komited dalam menyampaikan emosi serta penghayatan yang baik selain menepati waktu penggambaran. 

“Bagilah call time pukul berapa pun dia akan tiba di set. Tidak semak dalam group WhatsApp beritahu lambat. Tak toksik huru-harakan orang lain dalam team kerja.

“Hari pertama jumpa di set aku tak kenal dia. Dia datang dalam karakter dengan rambut selekeh, tiada make-up cantik, baju lusuh ikut watak yang dibawa,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Sebelum ini, Sakinah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya meludah wajah aktor, Azhan Rani ketika mereka dalam penggambaran drama WOK.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hebatnya Lakonan! Sharifah Sakinah Kongsi Babak Ludah Muka Azhan Rani – “Dia Boleh Jilat Balik Air Liur Aku” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Nov 2023
Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Events Sat, 17 Mar 2018

‘Aku Cinta Pada Mu” – Park Bo-Gum

Lebih daripada 4,000 peminat yang hadir  bukan sahaja mahu melihat keistimewaan telefon pintar Samsung Galaxy S9 dan S9+ tetapi lebih kepada bertemu Park Bo Gum.

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Trending Wed, 27 Jan 2021

Permohonan Baru BPR Dibuka Sehingga 15 Februari

Teguhkan rakyat menang bersama!

Trending Thu, 29 Mar 2018

Parodi Anak Citi Kambing, Buat Ramai Orang Ketawa Berdekah!

Memang tak boleh move on kalau sekali dah terdengar lagu Comel Pipi Merah nyanyian Datuk Sri Siti Nurhaliza .Apatah lagi pada bait introduksi lagu berbunyi ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting, melodinya sangat melekat!

Trending Thu, 26 Mar 2020
error: Content is protected !!