Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 11, 2024 @ 3:24pm

Penampilan Terkini ‘Sharifah Salina’ Dalam Aku Bukan Ustazah Tawan Hati Peminat, Ramai Puji Kecantikan Haneesya Hanee Berhijab

Pelakon dan model Haneesya Hanee sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet dengan penampilannya yang segak mengenakan abaya dan tudung.

Menerusi perkongsian di TikTok, Haneesya yang mesra disapa Hanee telah berkongsi momen dia menjalani sesi bergambar untuk sebuah jenama pakaian.

Dalam perkongsian tersebut, Haneesya kelihatan sangat cantik dan anggun apabila mengenakan persalinan berona coklat cair.

“Yall dont get it, Now this is Sharifah Salina,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Akui Watak Sally ‘Triggered’ Trauma Kontroversi Lalu, Sebak Lakonan Dihargai – “Saya Dah Nak Give Up Sebenarnya…”

Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Akui Ibu Punca Diri Terus Kuat – “Perjalanan Hidup Dia Jauh Lebih Dahsyat”

Terpegun melihat kecantikan aktres itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa kagum melihat kariernya kini yang semakin meningkat selepas kemunculannya menerusi drama TV3 Aku Bukan Ustazah.

@haneesyahanee_Yall dont get it, Now this is Sharifah Salina🙈♬ كلام عينيه – شيرين

Sekadar info, Haneesya telah menjayakan watak sebagai Sally yang juga merupakan kawan baik kepada Aminah lakonan Erysha Emyra menerusi drama Aku Bukan Ustazah.

Selain Haneesya dan Emyra, drama tersebut turut dilakonkan oleh MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae, Qistina Khaled, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam atau secara strim di aplikasi Tonton.

Artikel Berkaitan: Lali Dihina ‘Hit*m’, Haneesya Hanee Pertahankan Golongan ‘Tanned Skin’ – “Kulit Kita Ni International!”

Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Galakkan Wanita Lakukan Senaman Angkat Berat

Artikel Berkaitan: Cantik & Manis Bertudung, Haneesya Hanee Raih Pujian – “Muka Arabic Sangat Ni!”

Artikel Berkaitan: “Segala Mak Nenek Silam Aku Korang Ungkit, Orang Lain Yang Viral Jangan Kaitkan I” – Haneesya Hanee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Wed, 26 Mar 2025

Gabungan Warisan & Keunikan Malaysia! Ini Makna Disebalik Logo VM2026

Sedia maklum, kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sempena VM2026, logo rasmi turut dilancarkan dan boleh dikatakan logo ni memang berada di kelas tersendiri! […]

Featured Tue, 18 Oct 2022

“Marketing Lebih! Nampak Sangat Nak Tunjuk Satu Malaysia B*doh…” – Micheal Ang Anggap Siti Jamumall Propa Gara-Gara Kecewa ‘Bleach’ Rambut

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ahli perniagaan popular, Siti Jamumall memuat naik rakaman video yang mengatakan dirinya terkilan dan mahu menyaman sebuah salon gara-gara merosakkan rambutnya selepas membuat ‘bleaching’. Bagaimanapun, rakaman video tersebut […]

Trending Thu, 19 Jul 2018

Selebriti Ini Gigih Sahut #InMyFeelingChallenge Yang Tengah Trending Satu Dunia. Memang Sempoi Habis!

Memang comel selebriti-selebriti ini menari cabaran #InMyFeelingChallege! Anda berani nak cuba?

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Penyanyi Baharu Syabil Dapat Inspirasi Menerusi Lagu Justin Bieber

Muncul dengan single berjudul L.O.V.E, penyanyi baharu, Syabil menjelaskan idea lagu terbabit terinspirasi daripada lagu penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber. Bagi pemilik nama Syabil Zulkufli ini, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur dan […]

Trending Thu, 10 May 2018

17 Foto Gelagat Selebriti Malaysia Ketika Mengundi Untuk PRU14, Macam-Macam!

Mereka pun telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia!

Trending Fri, 26 Jan 2018

Vagina Douching: Selamat Atau Tidak

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui apa itu douching, ia diambil daripada perkataan Perancis, ‘douche’ yang bermaksud cuci atau rendam.

Events Tue, 8 Feb 2022

Alami 9 Keriangan & Pengalaman Menakjubkan Di SkyWorlds Genting Highlands!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keriangan di SkyWorld of Genting!

error: Content is protected !!