Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 28, 2024 @ 12:44pm

Haneesya Hanee Akui Ibu Punca Diri Terus Kuat – “Perjalanan Hidup Dia Jauh Lebih Dahsyat”

Pelakon dan model Haneesya Hanee mendedahkan ada kalanya dia melalui fasa sukar kerana kurang mendapat tawaran kerja.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Haneesya ketika ditemu bual dalam sesi podcast Bukak Mulut yang diterbitkan Audio+ milik Media Prima Audio.

Menurut Hanee, ibunya pernah menggadai barang kemas pemberiannya demi meringankan bebannya yang tidak bekerja.

“Tahun ni tak ada shooting langsung. Buat masa sekarang ya, kewangan agak goyang sikit. Tapi, rezeki tu sentiasa ada. Saya pun tak tahu datang dari mana.

“Adakala tu, gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia. Lepastu kalau ada duit balik, saya pergi beli balik. Kadang-kadang sampai marah dia adalah jangan jual. Penat saya kerja bagi dia untuk melawa.

“Tapi, dia mak kan. Dia taknak bebankan anak dia, dia jual juga. Tapi bila dia jual tu, benda tu yang bakar semangat saya. Saya kena cari kerja,” katanya.

Menerusi sesi podcast itu, Hanee dilihat tidah mampu menahan sebak apabila ditanyakan tentang ciri-ciri ibunya yang mahu dia miliki.

Hanee bagaimana pun menyatakan dia mahu menjadi kuat seperti ibunya meskipun dugaan yang pernah dilaluinya tidak seberat ujian yang menimpa ibunya itu.

“Mak saya ni kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Apa yang saya lalui ni sikit saja. Saya suka bila dapat tahu orang nampak saya kuat.

“Cuma, keluarga saya je yang tahu sebenarnya saya tak kuat. Kalau boleh saya nak jadi ciri-ciri yang ada dekat mak saya. Saya nak ikut jadi kuat macam dia.

“Mereka mungkin tahu cerita saya tapi mereka tak tahu perjalanan hidup mak saya macam mana. MashaAllah, jauh lebih dahsyat. Saya nak jadi kuat macam dia,” jelasnya.

@affendyjailani Pengakuan #haneesyahanee #akubukanustazah #fyp #foryou #fypシ゚viral #malaysiatiktok #tiktokmalaysia #bukakmulut ♬ original sound – Affendy Jailani


Terdahulu, Hanee pernah mendedahkan dirinya mengalami trauma untuk menjayakan watak Sally menerusi drama TV3 Aku Bukan Ustazah.

Selain Hanee, drama tersebut turut dibintangi oleh Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam atau secara langsung di aplikasi Tonton.

Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Akui Watak Sally ‘Triggered’ Trauma Kontroversi Lalu, Sebak Lakonan Dihargai – “Saya Dah Nak Give Up Sebenarnya…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Trending Tue, 22 Oct 2019
Featured Fri, 19 Jul 2024
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Trending Mon, 12 Apr 2021

Bikin Panik! Video Ibu Rebah Dapat Kejutan Viral Di Twitter, Rupa-Rupanya…

Seorang pengguna laman sosial Twitter, Isskndar Ariffin berkongsi potongan video aksi seorang ibu yang hampir rebah selepas menerima kejutan. Video terbabit memaparkan adegan seorang wanita yang membuat kejutan kepada ibunya dan wanita terbabit menghadiahkan insan […]

error: Content is protected !!