Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 4, 2024 @ 8:00pm

Bintangi Filem Indonesia, Amanda Tan Harap Naskhah Ambar Buka Pintu Rezeki

Bintang baharu, Amanda Tan bersyukur diberi peluang untuk terlibat dalam filem seram Indonesia, Ambar yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Biarpun memegang watak kecil, Amanda yang mula dikenali menerusi program Fit For Action TV3 menganggap ia sebagai satu peluang keemasan bagi membuka pintu rezeki di negara seberang.

“Saya rasa amat bersyukur dan berbesar hati dapat berlakon dalam filem Ambar, sebuah naskhah seram Indonesia yang akan ditayangkan tak lama lagi di pawagam.

“Saya bersyukur kerana produksi di Indonesia memberikan peluang ini kepada pelakon baharu seperti saya. Biarpun karakter yang saya jayakan kecil dan saya tidak terlibat dalam banyak babak, saya meletakkan harapan agar peluang ini menjadi pembuka pintu rezeki di negara jiran serta di Malaysia,” katanya.

Selain Amanda, filem arahan Alif Fajrian ini menampilkan bintang-bintang lain seperti Dimas Anggara, Leony, Jasmine Suraya, Inggrid Widjanarko, Muhammad Hanief, Zahra Macapagal, Jenny Zhang, Aina Nisa, Rayna Snova dan ramai lagi.

Menganggap perkara ini sebagai pembuka jalan untuk dirinya bersaing dalam industri lakonan, Amanda menimba pelbagai ilmu untuk menempatkan diri dalam bidang hiburan.

“Saya sendiri sangat sayangkan dunia lakonan, jadi saya tak akan berhenti berlakon. Saya baru sahaja memulakan perjalanan dalam bidang ini dan pelbagai cabaran sudah saya tempuhi.

“Saya enggan menyerah kalah dan saya mahu menimba lebih banyak ilmu agar dapat menjadi pelakon terbaik. Industri hiburan sangat kompetetif, jadi saya perlu berusaha dengan lebih kuat,” katanya lagi.

Selain Ambar, Amanda yang bernaung di bawah Alternate Records & Talents ini pernah membintangi pelbagai naskhah seperti Diva Seroja (TV3), Anggun Mikayla (Viu), Helo Jodoh (TV3), Angin (RTM) dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Fathia Latiff Teruja Tudung ‘Nona Manis’ Laku, Bakal Tampil Dengan Single Pula!

Apa yang boleh Fathia kongsi, lagu itu berjudul ‘Jika Aku Tahu’ sebuah lagu bergenre balada.

Trending Thu, 3 Jan 2019

Tiada Saman Sehingga Jun Bagi Kesalahan Merokok Di Kedai Makan

KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan melainkan melanggar peraturan

Featured Thu, 13 Mar 2025

Nafi ‘Downgrade’ Diri, Ifa Raziah Tak Kisah Dihentam… Mahu Bersaing Secara Sihat Dengan Orang Lain

Kata Ifa, tiada istilah ‘downgrade’ kerana penganjuran kali ini sedikit berbeza.

Featured Mon, 24 Mar 2025
Featured Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

「金钻组合」郑少秋与汪明荃携手1214开唱!经典电视剧金曲重现

暌违2年时间,秋官和阿姐宣布将于12月14日,再次携手在云顶举办《温馨50电视剧成名曲演唱会》现场将重现多首电视剧金曲赠予粉丝!

Trending Tue, 17 Nov 2020

Saringan Percuma, Suntikan Tifoid Buat Semua Penghantar Makanan

Bagus untuk keselamatan rakyat dan mereka yang bekerja

Hiburan Thu, 8 Sep 2022
error: Content is protected !!