Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 13, 2025 @ 5:20pm

Nafi ‘Downgrade’ Diri, Ifa Raziah Tak Kisah Dihentam… Mahu Bersaing Secara Sihat Dengan Orang Lain

Penyanyi, pelakon dan usahawan, Ifa Raziah menepis komen jahat segelintir pihak yang mendakwa dia sengaja menjatuhkan taraf dirinya apabila memilih lokasi baharu bagi acara membeli belah Starvendor KL Mega Raya Festival 2025.

Kata Ifa, tiada istilah ‘downgrade’ kerana penganjuran kali ini sedikit berbeza disebabkan lokasi baharu yang dipilih selepas Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Jelasnya, pemilihan lokasi kali ini mengambil kira banyak faktor termasuklah kemudahan peniaga (vendor) untuk memasak selain tempat meletak kenderaan yang lebih selesa meskipun lokasinya sedikit jauh berbanding sebelum ini.

“Sekarang masalahnya adalah terlalu banyak sangat event yang berlaku pada tarikh yang sama. Tetapi tidak ada vendor.

“Lagi satu apa yang saya nampak, ada juga yang baru nak jadi organiser tapi marketing tak cukup kuat, tarikan pun sama tak cukup kuat. Barangan produk  tak cukup kuat begitu juga dengan branding  mereka yang tak besar.

“Tapi dia tak tahu benda ni ada pro and cons dia. Kau nak buat kena berani hentam. Macam saya ni saya jalan je. Berjaya atau tidak Allah yang tentukan.

“Kita jalan sahaja. Orang nak kata saya downgrade ke, saya apa pun saya tak kisah.

“Sebenarnya saya tak downgrade sama sahaja. Cuma, kita nak keluar ke tempat baru.

“Tukar venue ni sebenarnya dah dua tahun kita buat dekat WTC dan KLCC, jadi kali ni kita nak tukar tempat yang boleh memasak sebab orang nak makan, nak sahur, nak moreh. Sebab itu saya mahukan kelainan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Meskipun begitu, selaku Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdb Bhd, Ifa meluahkan rasa syukur apabila dapat membuktikan bahawa minat dan semangatnya untuk mengadakan acara membeli belah mega ini termakbul.

“Selama ni orang pandang rendah pada saya, kata ‘Ifa Raziah ni boleh ke buat?’ Hello, aku dah berapa tahun buat Starvendor, gagah sahaja. Orang yang pandang rendah pada saya sebab anda semua tak percaya kepakaran yang saya boleh buat benda ni.

“Yang skeptikal terhadap saya itu adalah saingan saya. Sekurang-kurangnya saya berani mencuba.

“Saya ni last minute dapat main sponsored. Tahun ni sangat susah, tapi masa umrah saya doa semoga saya dapat sponsored. Allah makbulkan doa saya.

“Kita cuma berusaha Allah yang menentukan lagipun tahun ini yang best adalah kita dapat vendor baru,” jelasnya.

Mengaku lokasi Starvendor KL Mega Raya Festival 2025 agak baru, Ifa menjelaskan, dia tidak meletakkan target yang terlalu tinggi terhadap kehadiran pengunjung.

“Jangkaan kali ini sebab tempat baru kan lagipun kemudahan dia tak ada jadi target saya tak tinggi, tak rendah.

“Kebiasaannya, kalau Starvendor festival kalau pergi mana-mana negeri atau siri jelajah, pengunjung kami adalah dalam 500,000 ke atas.

“Tapi kalau setakat mega raya ni, saya tak rasa 500,000 tu paling minima, paling tidak kita target dalam 800,000 ke 1 juta pengunjung dalam masa 80 jam.

“Lebih menrik, bayaran parking adalah percuma untuk kali ini memandangkan tempat letak kereta sangat besar sehingga boleh menempatkan sebanyak 20,000  hingga 30,000 buah kereta. Ada indoor dan outdoor juga,” jelasnya.

Ifa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Starvendor KL Mega Raya Festival 2025 yang diadakan di Ruang Rama Event Space, Petaling Jaya pada Rabu.

Starvendor KL Mega Raya Festival 2025 akan berlangsung di lokasi baru yang lebih menarik iaitu di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai  Besi, Kuala Lumpur.

Festival ini akan diadakan selama 80 jam tanpa henti bermula dari 20 hingga 24 Mac 2025. Dan, ini merupakan penganjuran kali ke-16 sejak tahun 2019.

Menariknya, festival ini juga menyaksikan penyertaan 50 artis terkenal tanah air termasuklah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Afdlin Shauki, Cha Cha Maembong, Ramlah Ram, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Manakala, SPayLater juga menjadi rakan pembayaran eksklusif  untuk Starvendor KL Mega Raya Festival 2025  dengan kemudahan ‘Buy Now, Pay Later’  agar pengunjung dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel.

Selain itu, pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk mendapat ‘Hujan Duit’ dan goodies bag bernilai lebih RM100,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Aug 2023

Dolla Kembali Dengan Damelo

Baru sahaja memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35, kumpulan nyanyian wanita popular DOLLA sudah bersedia untuk projek yang baharu. Anugerah Bintang Popular merupakan salah satu anugerah […]

Hiburan Fri, 23 Feb 2024

Bekas Kekasih Meninggal Di Indonesia, Hafiz Hamidun Tak Serik Nak Kahwin

Inalillah.. InsyaAllah ada jodoh buat Hafiz Hamidun nanti

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Takut Di Saman Oleh Linda Rafar, Ramai Yang Mula Minta Maaf

Tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen mendapat pujian kerana Linda merupakan selebriti pertama berbuat sedemikian

Featured Thu, 21 May 2026

Ikmal Amry Mengaku Isteri Tak Restu Tayang Badan – “Memang Tak Boleh Nak Elak, Tapi Kalau Sendiri Post Maknanya…”

Ikmal Amry mendedahkan isterinya berasa kurang selesa melihat dirinya terlalu kerap menayangkan badan di media sosial.

Trending Tue, 22 May 2018

10张人类灭绝后的照片「没有人类地球会更好」

和所有物种一样,人类也会遭遇灭绝危机,比如地球人口过剩,资源缺乏。在许多电影如《2012》、《后天》都揭示了地球未来可能遭遇的灭绝危机,那么当人类灭绝后地球会怎么样?

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Wed, 11 Jun 2025

“Isteri Kena Letak Suami Di Tempat Tertinggi” – Neelofa

Neelofa nasihat utamakan suami dalam rumah tangga

error: Content is protected !!