Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 6, 2024 @ 6:10pm

“Muka Basah, Mengilai…” –  Peminat Lelaki Hantar Mantera Sihir, 4 Tahun Emma Maembong Lalui Peristiwa Mistik

Pelakon jelita, Emma Maembong mendedahkan dirinya pernah mengalami gangguan mistik selama empat tahun selepas disantau oleh seorang peminat lelaki.

Mengimbau kembali detik misteri itu, Emma berkata lelaki yang ditemui dalam satu majlis bersama peminat itu mengigil ketika mahu bergambar bersama, namun menjerit selepas rakannya tidak mengambil foto mengikut seperti apa yang dikehendakinya.

“Saya ingat, muka lelaki itu macam gigil. Waktu itu kawan dia ambilkan gambar. Selepas itu, tiba-tiba saya dengar dia jerit, ‘kan aku dah kata nak gambar dia penuh dari atas sampai bawah ‘.

“Kemudian dia datang semula, ambil gambar sekali lagi. Waktu itu saya tak tahu kenapa dia nak bergambar penuh (dari kepala ke kaki). Rupanya itulah cara jika nak santau seseorang,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32, berkongsi keadaannya menjadi semakin teruk selepas membaca mantera yang dihantar oleh lelaki tersebut menerusi kapsyen di Instagram.

Emma Maembong

Keadaan menjadi lebih parah apabila Emma dalam keadaan tidak sedar itu mula mengilai dan menjerit.

“Lelaki itu ada ‘tagged’ gambar kami dengan kapsyen panjang yang agak pelik sangat. Rupanya saya terbaca mantera yang dihantar kepada saya.

“Bila saya habis baca, tiba-tiba saya tak sedar apa yang telah berlaku. Kawan saya beritahu, saya menjerit, mengilai, serta muka saya basah (berpeluh-peluh).

“Sejak dari kejadian itu banyak penyakit dan pengalaman misteri sampai mengubah kehidupan saya.

“Empat tahun juga saya hadap macam-macam kejadian misteri. Ada satu ketika semasa sesi fotografi, saya senyum bergambar tapi gambar yang muncul di kamera menunjukkan mulut saya ke bawah.

“Mereka minta saya pergi berubat, katanya mungkin kena buatan orang,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Terkait Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Malas Layan Gosip Liar Tak Berasas  – ‘Saya Dengan Fitnah Macam Bestfriend”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Oct 2018

OMG! ‘Gurauan’ Masuk Anak Dalam Mesin Basuh Berakhir Dengan Detik Mencemaskan

Dalam pada itu, rata-rata netizen di sosial media mengkritik ‘gurauan’ wanita itu sama sekali tidak masuk akal. Puan, banyak lagi game lain kot boleh dimain?

Trending Fri, 6 Nov 2020
Filem Tue, 25 Nov 2025

Guna 97% Tenaga Kerja & Pelakon Sarawak, Filem Azimat Tampilkan Kisah Seram Dalam Garapan Tersendiri

Filem Azimat mengangkat kisah Hanna, seorang gadis yang percaya bahawa seutas rantai azimat mampu mengubah nasib malangnya selepas berjumpa dengan seorang bomoh Iban.

Featured Fri, 30 Aug 2024
Hiburan Sat, 18 Aug 2018

#KitaPunya 爱国运动 「阿牛」陈庆祥代言人之一

配合即将到来的第61届国庆日,首要媒体集团从8月1日起展开主题为“KitaPunya”的爱国运动,并举办系列活动让全民参与,将爱国情怀洋溢整个马来西亚!

Featured Fri, 21 Mar 2025

Suntik Kelainan Menerusi Lagu ‘Pergi Tak Kembali’, Kumpulan Rabbani Pernah Dituduh Melac*rkan Muzik Nasyid?

Bagaimanapun, Rabbani bersyukur kerana lagu tersebut berjaya menarik minat pendengar muda.

error: Content is protected !!