Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 11, 2024 @ 6:40pm

“Insya-Allah Kami Akan Berkumpul Semula”- Patimah Ismail

Isteri kepada pengarah, penerbit dan pelakon tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi berkongsi luahan hatinya menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Patimah kelihatan memuat naik video momen bersama anak-anaknya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Malah, menerusi kapsyen yang tertulis pada video berkenaan, Patimah juga seakan meletakkan harapan bahawa ahli keluarganya akan berkumpul semula.

“Insya-Allah, kami akan berkumpul semula,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Terdahulu, Patimah Ismail yang juga ibu kepada pengarah popular, Syamsul Yusof ini mengakui mengalirkan air mata setelah mendapat perkhabaran mengenai berita perceraian anaknya bersama Ira Kazar.

Malah, dia juga memaklumkan, akan sentiasa mendoakan agar segala urusan anaknya itu berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN:“Mengalir Air Mata Melihat Anakku Mengharungi Takdir Hidup Seorang Diri” – Datin Patimah Ismail

ARTIKEL BERKAITAN:“Ibu Rela Berkorban Untuk Anak-Anak Walau Terpaksa Lalui Jalan Berduri” – Patimah Ismail

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Beri Komen Terhadap Isu Cerai Anak, Hantaran Instagram Story Patimah Ismail Raih Perhatian – “I Give Birth To You, I Love You & Always Will..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Ingin Harta, Cuma Mahu Anakku Tersenyum & Memelukku” – Patimah Ismail

Sebelum ini, Syamsul dan Ira sah bercerai dengan talak satu selepas Hakim Syarie, Mohd Faizal  mengesahkan kewujudan lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih menjadi suami isteri.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Sekadar info,  Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩

Contest Mon, 2 Jul 2018

#xtra好康头 | 邀你出席《妙探事务所 2》首映!

话题演员李光洙久违三年的大荧幕之作——搞笑侦探电影《妙探事务所 2》7月12日起,全马上映!xtra邀你出席首映,一同爆笑破案!

Featured Sun, 28 Oct 2018
Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

Dayang sihat je tau! Jangan buat spekulasi bukan-bukan

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Giliran Amani, Que Haidar ‘Sekolahkan’ Produser Terkenal

Itu lebih penting. Kalau tidak berdedikasi, pelakon itu mungkin hanya akan bertahan selama beberapa bulan dan kemudian, hilang!

Trending Wed, 29 Nov 2023
Trending Thu, 31 Dec 2020
error: Content is protected !!