Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 11, 2024 @ 5:30pm

DJ Lin Sebak Di Majlis Konvo Anak, Terkenang Susah Payah Besarkan Cahaya Mata – “18 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Semua Saya Uruskan Sendiri”

Personaliti radio, DJ Lin sebak apabila anak perempuannya, Nureen Aresya berjaya menamatkan pengajian Diploma Ukur Bahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.

Menghadiri majlis konvokesyen anaknya, DJ Lin terharu mengenangkan susah payah membesarkan dua cahaya mata, Nureen dan Nazren Asyran sebagai ibu tunggal.

Tidak mengabaikan pelajaran anak-anak biarpun sibuk di konti radio, DJ Lin banyak berkorban dan semuanya dilakukan untuk dua orang cahaya matanya.

“Ketika di majlis konvokesyen, saya memang sebak sangat. Rasa macam mimpi pun ada seakan macam tak percaya anak yang saya lahirkan 23 tahun lalu, telah pun berjaya mencapai kejayaan dalam satu fasa hidupnya.

“Sebagai ibu, saya tumpang gembira dan bersyukur. Sesungguhnya pelbagai ujian dan cabaran yang telah saya tempuhi dalam membesarkan anak-anak tersayang. Apatah lagi sebagai seorang ibu tunggal sejak 18 tahun lalu, semuanya saya uruskan sendiri dari segi mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak, demi untuk memenuhi keperluan serta keinginan mereka khususnya dalam aspek pendidikan.

“Pada masa yang sama, saya harus mencari ruang demi memberikan curahan kasih dan sayang supaya anak-anak, tidak merasakan kepincangan apatah lagi kekurangan dalam kehidupan mereka,” katanya kepada XTRA.

Tambah penyampai radio Suria FM ini, terlalu banyak dikorbankan khasnya keinginan juga keperluan untuk diri sendiri demi memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang.

“Semua bentuk pengorbanan itu bukanlah suatu perkara yang mudah kerana sememangnya menuntut banyak kesabaran, kecekalan, mental, fizikal, emosi dan perasaan. Saya memang sangat menitik beratkan soal pendidikan anak-anak kerana saya ingin pastikan mereka membesar sebagai seorang insan yang berilmu dan berpendidikan.

“Itulah jaminan utama untuk kehidupan yang sejahtera dan berjaya. Alhamdulillah anak-anak sangat memahami kesibukan ibu mereka yang bertungkus lumus sepanjang masa mendedikasikan hidup demi kerjaya dan anak-anak,” katanya.

Anak sulung DJ Lin, Nureen Aresya yang selesai majlis konvoksyen diploma bakal melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda untuk jurusan sama di Universiti Malaya dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, anak bongsu DJ Lin, Nazren Asyran sedang menuntut di semester akhir untuk Diploma Komunikasi dan Media di UiTM Rembau, Negeri Sembilan dan bakal melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda jurusan sama di UiTM Shah Alam pada tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, DJ Lin sekali lagi dicalonkan dalam Kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH 36 (ABPBH 36).

Menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mempertandingkan 16 kategori utama, pemilihan artis dan selebriti kegemaran boleh dilakukan menerusi laman web ABPBH 36 di www.abpbh.com.my.

Dapatkan tiket untuk menonton ABPBH 36 secara langsung di https://ticket.revid.my/event/abpbh-2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Apr 2020
Trending Tue, 26 Apr 2022

Skuter Elektrik Dilarang Di Atas Jalan Raya Berkuat Kuasa Serta-Merta

Kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di atas jalan raya.

Featured Wed, 19 Mar 2025

Memang Legend! M. Nasir Cetus Sejarah, Cipta Raya ‘Konsert Spin Off Lagu Raya’ Pertama Dianjurkan Di Malaysia

Konsert ini akan menampilkan kira-kira 20 buah lagu, dengan 17 daripadanya bertemakan hari raya.

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

莫文蔚狮城开个唱!巡演确定 11 月抵马

莫文蔚《绝色》巡演确定11月将来到马来西亚!

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

蔡琴一场接一场!2020年6月重返云顶舞台

错过了今年六月在云顶云星剧场举办的《2019有琴有艺》蔡琴演唱会的歌迷朋友,好消息来啦!

error: Content is protected !!