Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 11, 2024 @ 7:57pm

“Tak Ada P*stol, Pis*u… Dia Terima Panggilan Suruh Lepaskan Saya” – Nora Ariffin Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut Guna Senjata Ketika Lafaz Cerai 

“Saya tak tahu apa yang terjadi, tiada pistol, tiada pisau,” demikian respons penyanyi, Datuk Nora Ariffin yang menafikan dakwaan bekas suaminya, Dr Rushdi Ramli dipaksa untuk melafazkan cerai terhadapnya.

Memetik laporan OhBulan!, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin mendedahkan bekas suaminya menerima panggilan telefon dan Dr Rushdi dipaksa untuk melepaskan selebriti ini.

“Memang perceraian itu berlaku secara paksaan dan berlaku depan mata saya.

“Ketika kejadian kami baru selesai solat Subuh bersama dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya,” katanya.

Nora mengakui terkejut dengan insiden berkenaan lebih-lebih lagi apabila hubungannya dengan bekas suami dalam keadaan baik-baik sahaja.

Namun begitu, pelantun lagu popular Di Persimpangan Dilema ini bagaimanapun tidak mengetahui individu yang memberi arahan tersebut.

Nora Ariffin

Dalam pada itu, Nora bagaimanapun mengakui khilaf terhadap tindakanya berkongsi video diceraikan bekas suami

“Disebabkan terlalu emosi saya terus merakam perceraian dan memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya.

“Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional.

“Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya. Ia berlaku di luar kawalan saya. Sebenarnya tujuan saya kongsikan video itu hanyalah untuk menjelaskan status terkini saya. Cuma saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik arwah suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi.

Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Artikel Berkaitan: “Ustaz Tak Bersalah, Dia Hanya Ikut Arahan Untuk Lepaskan Saya” – Nora Ariffin

Artikel Berkaitan: Suami Lafaz Cerai Terhadap Nora Ariffin Menerusi Rakaman Video

Kredit foto/Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

TAHNIAH! Elfira Loy Kini Bergelar Mrs Faris

Selamat Pengantin Baru El & Faris… Tahniah!

Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

Trending Tue, 18 Dec 2018

Al-Fatihah…Jenazah Adib Akan Dikebumi Penuh Istiadat Bomba

Al-Fatihah…Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dimasukkan ke Jannah, Insya Allah.

Featured Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!