Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 12, 2024 @ 4:01pm

Tak Kisah Dikutuk ‘Terpaling Tahu’ Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Bertegas Mahu Beri Kesedaran Isu Ped*filia & ‘S*xual Groom*ng’

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menegaskan dirinya hanya mahu memberi kesedaran mengenai isu pedofilia yang semakin membimbangkan di Malaysia.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Uyaina menjelaskan dia tidak berniat untuk menumpang populariti selepas tampil bersuara berhubung berita membabitkan abang bas yang heboh di media sosial, baru-baru ini.

Katanya, dia tidak kisah diherdik atau dikecam netizen kerana niatnya hanya mahu menyuntik kesedaran kepada orang ramai mengenai tiga perkara iaitu pedofilia, keizinan (consent), dan yang apa itu sexual grooming.

“Saya tak terkesan anda semua nak kutuk saya terpaling tahu, nak raih populariti dari kes ini. Silakan kutuk saya. Tetapi jangan cakap saya busuk hati, cemburu atau nak fitnah abang bas. Saya tak pernah tahu pun kewujudan dia, video tak pernah lalu di FYP TikTok.

“Saya bersuara sebab saya nak bagi kesedaran tentang perkara ini. Ada yang kata pada saya cukup bagi nasihat saja? Tak bermaksud kita tak tahu tentang satu undang-undang tu membuatkan jenayah yang dia buat boleh terlepas.

“Bukan nak kecam Abang Bas, tapi boleh tak kalau kita tengok sama-sama kesalahan apa yang dia buat membuatkan dia boleh didakwa di mahkamah sebagai pengajaran dan teladan kepada kita semua,” katanya.

Uyaina Arshad

Sebelum ini, seorang pemandu bas telah ditangkap oleh pihak polis selepas memuat naik video kandungan digital mengakui menyukai kanak-kanak sekolah tersebut sehingga mengundang respons daripada pelbagai pihak.

Bagi pertuduhan pertama, pemandu yang  berusia 24 tahun dan dikenali sebagai Abang Bas didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia empat tahun di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, antara jam 5 hingga 6 petang, April hingga bulan ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Abang Bas turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan memerhati murid perempuan berusia sembilan tahun secara berulang kali di lokasi dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Uyaina Arshad

Artikel Berkaitan: Keluarga Abang Bas Buka Tabung Kutipan Derma, Cari RM30,000 Untuk Bayar Ikat Jamin

Artikel Berkaitan: Perkongsian Kakak Abang Bas Undang Sebak, Dedah Ibu Luah Rasa Rindu – “Biar Seluruh Dunia Menghinanya”

Artikel Berkaitan: Berang Segelintir Netizen Backup Isu Abang Bas, Tiz Zaqyah Dedah Kisah Gelap Rakan Jadi ‘Mangsa’ Pak Cik Sendiri – “Semua Bermula Dari Sentuh Bibir”

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Puas Hati Abang Bas ‘Crush’ Budak Sekolah Diberkas Pihak Polis – “Syukur Ada Undang-Undang”

Artikel Berkaitan: ‘Crush’ Dengan Kanak-Kanak Sekolah, Abang Bas Direman 5 Hari… Akaun TikTok Lebih 650,000 Pengikut Kena ‘Banned’!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

‘Aku Berharap Penangkapan Ini Kurangkan Dosa Kita Semua,’ – Erma Fatima

Dalam masa yang sama dia turut memohon kepada semua pihak agar berhenti memperlekeh dan menghina, kerana itu bukanlah budaya kita amalkan di Malaysia.

Trending Fri, 23 Apr 2021

Tarikh Bayaran BPR Fasa 2, Jom Semak Jumlah Baki Mengikut Kategori

Byaaran akan dibuat pada bulan hadapan….

Hiburan Sat, 5 Jul 2025

“Jangan Menyesal Buat Baik, Ikhlaskan Kerana Allah” – Fazura

Fazura nasihat jangan menyesal buat baik ikhlaskan kerana Allah

Events Wed, 17 Apr 2019

Westlife The Twenty Tour 2019 LIVE in Kuala Lumpur Sold Out in 32 Hours

Did you manage to get the tickets to see the dashing Irishmen?

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Mark Adam Benar-benar Menyesal Dan Minta Maaf

Lagi kes body shaming, kali ini giliran Mark Adam pula tampil mohon maaf!

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Neelofa Sekali Lagi Ke Pentas Antarabangsa?

Usahawan, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa menerusi fesyen muslimah.

error: Content is protected !!