Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 13, 2024 @ 11:56pm

Pernah Kemalangan Ketika Menaiki Motor, Syasya Rizal Kongsi Keajaiban Baca Doa Sebelum Keluar Rumah – “Masa Tu Saya Fikir Pasal Kandungan Saja” 

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal pernah berdepan situasi cemas ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Pangkor, sebulan yang lalu.

Menerusi video TikTok di platform miliknya, Syasya berkata dia mengalami kemalangan ketika menaiki motor bersama suami di waktu malam.

“Semasa saya bercuti di Pulau Pangkor bersama keluarga, saya teringin sangat nak naik motor, jadi saya minta izin dengan suami.

“Pada awalnya mak saya dah pesan waktu malam ni bahaya untuk naik motor, tapi saya degil. Tak sampai lima minit pusing-pusing naik motor, saya dan suami kemalangan terlanggar pili air.

“Masa tu saya hanya fikir tentang keadaan anak saya dalam kandungan saja. Alhamdulillah, ada kereta bantu saya dan suami bawa pergi Klinik Kesihatan Pulau Pangkor yang terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Syasya turut berkongsi keajaiban doa yang diamalkan setiap kali sebelum keluar rumah iaitu ‘Bismillahi Tawakkaltu Allah La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’.

Menurutnya, doa tersebut telah menyelamatkan dirinya dan suami terhindar daripada malapetaka yang tidak diingini.

“Sebelum ini kalau keluar rumah saya tak ada apa-apa amalan doa. Saya hanya akan baca ‘Bismilahirahmanirrahim’ dan saya rasa itu dah cukup selamat.

“Doa ini menyelamatkan hidup saya dan telah mengubah hidup saya sepenuhnya. Saya bersyukur sangat tak ada perkara buruk yang jadi dekat saya ketika itu,” ujarnya lagi.

@syasya.rzl

i always believe, everything happens for a reason and it happened for me to learn to be a better person insyallah.. Hope my story helps amin 🙏✨

♬ sonido original – SONIDOS LARGOS

Sebelum ini, Syasya mengakui emosinya terganggu sejak berbadan dua.

Pada 3 September lalu, Syasya mengesahkan dirinya sedang hamil anak pertama.

Pada awal bulan lalu, tular sebuah video memaparkan Syasya seolah-olah mempunyai ‘baby bump’ ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya.

Syasya dan Nasrullah berkahwin dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emosi Ibu Mengandung Tak Menentu, Syasya Rizal Rasa Sunyi – “Benda Kecil Pun Boleh Terasa”

Artikel Berkaitan: “Baby Emon Is On The Way!” – Syasya Rizal Sahkan Bakal Timang Anak Sulung

Artikel Berkaitan: Kini Lebih Tenang, Syasya Rizal Akui Dah Lama Pasang Niat Nak Berhijab… – “Suami Banyak Nasihat, Tolong Gosok Tudung”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Mar 2020

COVID-19: Angka Kematian Meningkat, Malaysia Catat 17 Kes Hari Ini

Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes kematian hari ini di Muar,Johor  sekali gus menjadikan jumlah kematian di negara ini menjadi 17 kes.  Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , kes terkini membabitkan kes […]

Trending Sun, 14 Mar 2021
Events Sat, 15 Sep 2018
Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Duet Lagu ‘Lemak Manis’ Bersama Haziq Rosebi, Aina Abdul Teruja Wirawati Tun Dr Siti Hasmah Petik Piano – “Tak Pernah Terlintas Jumpa Beliau”

Wahhhh, sempoinya Tun Dr Siti Hasmah main piano, Aina & Haziq pula nyanyi 🤩 Kita perlukan lagu duet mereka! 😚

Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Hiburan Tue, 19 Jul 2022

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Allahu, semoga urusan pencarian dipermudahkan…

Featured Thu, 21 Nov 2024

PU Riz Anggap Simpan Foto Anak Dalam Dompet Sebagai ‘Old Is Gold’ … Sempat Titip Pesan Buat Bapa Muda

Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi  bahawa dia masih lagi menyimpan foto-foto anaknya di dalam dompet.

Trending Fri, 6 Nov 2020

Malaysia Dijangka Alami Pertembungan 2 Wabak Hujung Tahun Ini

Jangan leka dan dapatkan suntikan jika perlu

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
error: Content is protected !!