Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 12, 2024 @ 7:45pm

[VIDEO] Emosi Ibu Mengandung Tak Menentu, Syasya Rizal Rasa Sunyi – “Benda Kecil Pun Boleh Terasa”

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal mengakui emosinya terganggu sejak berbadan dua.

Menerusi video di akaun TikTok miliknya, Syasya berkata sejak mengandung dia berasa sangat sunyi meskipun ada orang di sekeliling yang memberi sokongan.

“Tahu tak apa yang orang jarang cakap semasa mengandung adalah macam mana sunyinya kita boleh rasa kadang kala.

“Ada je orang di sekeliling untuk beri sokongan dan teman, tapi perjalanan ini kita seorang sahaja yang melaluinya. Jadi ada masa kita akan rasa sunyi,” katanya.

Dalam video sama, Syasya berkata dia mudah tersentuh dan cepat terasa hati sehingga boleh menangis.

“Sangat penting untuk ada sokongan yang sangat kuat. Ibu mengandung akan jadi sangat-sangat sensitif malah isu kecil pun boleh buat kita menangis, tak tahulah kalau itu hanya saya seorang,” ujarnya lagi.

@syasya.rzl

Patut la orang invest on a good mic for video like this, cus yall the pakcik decided to pontong rumput when Im talking 🥲🤣

♬ Aesthetic Vibes – Megacreate

Pada 3 September lalu, Syasya mengesahkan dirinya sedang hamil anak pertama.

Pada awal bulan lalu, tular sebuah video memaparkan Syasya seolah-olah mempunyai ‘baby bump’ ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya.

Syasya dan Nasrullah berkahwin dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.

Artikel Berkaitan: “Baby Emon Is On The Way!” – Syasya Rizal Sahkan Bakal Timang Anak Sulung

Artikel Berkaitan: Kini Lebih Tenang, Syasya Rizal Akui Dah Lama Pasang Niat Nak Berhijab… – “Suami Banyak Nasihat, Tolong Gosok Tudung”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Nov 2018

Transformasi Selebriti ‘Sebelum-Selepas’ Popular Bakal Buat Kamu Terkejut

Memang berbeza betul…Apa rahsia mereka agaknya?

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Wow! Barisan Penyanyi Popular Di Konsert Jelajah DYXY 2018

Bukan hanya pelajar, jenama ini juga membantu suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapat mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Saya juga tak sabar untuk berjumpa dengan pengunjung serta peminat di konsert itu nanti

Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Mon, 22 Aug 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022

Zarina Anjoulie Jawab Sebab Putus Cinta Dengan Zoey Rahman?

Tak ada jodoh nak buat macam mana kan gaisss. Semoga Anju terus bahagia dengan pilihan hatinya 🥰

Hiburan Mon, 5 May 2025
Hiburan Thu, 7 Nov 2019
error: Content is protected !!