Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 13, 2024 @ 6:58pm

Wanna Ali Dikritik Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin, Ayu Puteh Tampil Backup! – “Anak Saya Bukan Penyondol Atau Nak Publisiti”

Penerbit, Datuk Ayu Puteh tampil mempertahankan anaknya, pelakon Wanna Ali yang dikritik tidak sensitif selepas berkongsi foto mesra bersama aktor, Fattah Amin ditayangkan di slot Samarinda TV3, berjudul ‘Lelaki Melayu Terakhir.

Ia susulan berita isteri Fattah, iaitu selebriti, Nur Fazura yang telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shah Alam pada tengah hari, Jumaat.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ayu memohon kepada netizen untuk tidak sewenang-wenangnya mengutuk anaknya sehingga melemparkan kata-kata berbaur hinaan.

“Anak saya ni bukan sembarang. Posting promo drama tu dah dijadualkan, semuanya kebetulan.

“Drama Lelaki Melayu Terakhir (LMT) sedang tayang, dia kerja.

“Kalau tak suka pun jangan la sampai maki-maki anak orang tahap tu,” katanya.

Sementara itu, Ayu menegaskan Wanna bukan seorang penyondol atau sengaja meraih publisiti terhadap ujian perkahwinan Fattah dan Fazura yang sedang bergolak itu.

“Dia bukan penyondol, tak sensitif, atau nak publisiti.. jangan pakai ayat-ayat ni.

“Dia orang pandai, baik hati juga.. anak yang baik kepada saya. Jaga tulisan dan adab nak komen,” katanya.

Wanna Ali

Sebelum ini, Wanna menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen susulan tindakannya memuat naik foto mesra bersama aktor Fattah Amin.

Artikel Berkaitan: Wanna Ali Dikritik Tak Sensitif Kongsi Foto Bersama Fattah Amin, Ada Peminat Back Up – “Dia Hanya Post Pasal Drama”

Saksikan drama rantaian terbaharu Fattah Amin dan Wanna Ali berjudul Lelaki Melayu Terakhir di TV3 menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Artikel Berkaitan: Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Artikel Berkaitan: Fazura Fail Cerai, Netizen Serang IG Fattah Amin – “Isteri Cantik, Anak Comel… Apa Lagi Tak Cukup?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Jan 2026
Events Tue, 12 Mar 2019

National Geographic Earth Day Run to Combat Single-use Plastics

What better way to save the earth and get rid of single-use plastics!

Featured Sun, 29 Jun 2025
Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Mon, 27 May 2019

Nazim Othman Tak Kekok Hidup Sendiri

Saya juga tiada masalah sekiranya terpaksa berbuka sendirian di rumah.

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Prihatin Isu Palestin, Awie Wings Anjur Acara Solidariti Bulan ini!

Respect betul dengan Awie! Sambil konvoi kita tunjuk solidariti 🔥🔥🔥

error: Content is protected !!