Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 14, 2024 @ 7:18pm

Nora Ariffin, Dr Rushdi Rujuk Semula

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin memaklumkan dia sudah kembali rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli.

Memetik laporan Berita Harian, Nora meluahkan rasa syukur apabila perkahwinan yang terlerai sebulan yang lalu itu kini telah bersatu kembali.

Bagaimanapun, pelantun lagu Di Persimpangan Dilemma ini tidak mengulas lebih lanjut mengenai proses dan tarikh mereka rujuk.

“Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.

“Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah,” katanya.

Nora Ariffin

Dalam pada itu, Nora turut berharap agar orang ramai mendoakan rumah tangganya terus dilindungi.

“Semoga perkara yang sama tidak berulang,” tuturnya lagi.

@xtra_my

Kita doakan yang baik-baik 🥹 #fyp #xtra #noraariffin #suami #lafaz #cerai #rakamanvideo #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video diceraikan bekas suami dengan talak satu di Instagram.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin mendedahkan bekas suaminya menerima panggilan telefon dan Dr Rushdi dipaksa untuk melepaskan selebriti ini.

Terdahulu, pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik arwah suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi.

Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Artikel Berkaitan: Suami Lafaz Cerai Terhadap Nora Ariffin Menerusi Rakaman Video

Artikel Berkaitan:  “Tak Ada P*stol, Pis*u… Dia Terima Panggilan Suruh Lepaskan Saya” – Nora Ariffin Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut Guna Senjata Ketika Lafaz Cerai 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Jelajah Tiga Negara, Siti Nurhaliza Ajak Penonton Imbau Kenangan Lama

Pengarah muzik iaitu Aubrey Suwito akan memimpin susunan lagu dengan memilih sendiri para pemuzik yang bakal mengiringi konsert jelajah tiga negara ini.

Hiburan Thu, 1 Mar 2018

5th Anniversary Tanpa Suami, Hati Intan Sudah Mati

Bukan itu sahaja, kalau dilihat menerusi laman instagram Intan, beliau juga turut memuat naik beberapa quote yang mungkin menggambarkan perasaannya berhubung kes perceraiannya bersama Ude semalam. 

Featured Tue, 14 Jan 2025

Nurul Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman.

Hiburan Thu, 5 Jul 2018
Events Thu, 14 Nov 2019

Aiman Tino Serik Nak Buat Baik?

Sabar okay, Aiman!

Contest Mon, 7 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票

xtra好康头 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票,让你现场见证「齐迹」的发生!

Oh Lawa Thu, 18 Jan 2024

Kulit Kusam & Banyak Bintik Hitam? Ini 4 Penyebab Utama Yang Korang Perlu Tahu!

Kulit kusam dan semakin banyak bintik hitam muncul di wajah? Kenapa jadi macam tu? Apa puncanya? Macam mana nak rawat masalah ini? Meh sini min kongsikan 4 penyebab utama bintik hitam & kulit kusam terjadi […]

error: Content is protected !!