Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 18, 2024 @ 1:34pm

Caprice Anggap Kanak-Kanak Di Malaysia Tidak Selamat – “Ramai Yang Tak Sedar, Tak Berpelajaran Atau Masih Bengap”

Penyanyi rap, Caprice tegas dengan pendirian apabila lantang menyuarakan pendapatnya berhubung isu kanak-kanak yang dijadikan sebagai ‘content’ dan mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Kata Caprice, dia tidak kisah mengenai keputusan yang bakal dihadapi pesalah, namun apa yang penting adalah tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut khususnya melibatkan kanak-kanak adalah salah.

“Bebas tak semestinya tidak buat salah.

“Kes arwah Zayn Rayyan pun masih bebas. Da’i tu pun dulu bebas sekejap, last-last masuk juga. Saya tak kisah pasal dia bebas tapi salah tetap salah.

“Yang lagi seram, orang-orang yang tetap sokong apa dia buat. Itu lagi bengap,” katanya.

Perkara itu dikongsi Caprice menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, Caprice turut mempersoalkan tindakan golongan ibu bapa yang menyatakan sokongan terhadap tindakan individu yang secara terang-terangan mengeksploitasi golongan kanak-kanak.

“Ibu dan bapa yang sokong mat p*ndek tu, harap anda okay lah bila chong, Abu, Alan yang berumur cakap macam ni dekat budak-budak sekolah,” kongsinya.

Mengulas lanjut, Caprice juga mengakui kanak-kanak di Malaysia kini sudah tidak selamat memandangkan masyarakat kita masih tidak cakna dan  gagal terutamanya dari segi tindakan memberikan kesedaran dan pencegahan terhadap isu gangguan seksual (Sexual Harassment) dan ‘sexual grooming’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Rai Usia 34 Tahun, Wawa Zainal Tak Ada Impian Besar – “Saya Cuma Mahu Hidup Lebih Tenang & Banyakkan Bantuan, Terutamanya Zakat”

Wawa Zainal kata, sempena birthday dah tak ada impian besar yang mahu digapai. Wawa cuma nak banyak bantu orang dan mahu menambah bayaran zakat.

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
#tilljannah Sat, 29 Oct 2022

“Dia Terima Aku Seadanya…” – Intan Saleh Syukur Dipertemukan Dengan Pasangan Baik

Sebelum ini, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh pernah berdepan dengan peristiwa hitam dalam hidupnya apabila perkahwinan terdahulu tidak kekal lama. Namun, setelah tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berjumpa dengan pelengkap hidup baru […]

Featured Sun, 29 Aug 2021

Saling Mengenali Hati Budi, Najwa Latif Akui Sudah Berpunya

Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen namun penyanyi tersohor, Najwa Latif dilihat masih lagi aktif memuat naik video nyanyiannya di media sosial. Baru-baru ini, Najwa memuat naik video di laman TikToknya yang seakan […]

Hiburan Fri, 4 Jan 2019
Featured Sun, 6 Mar 2022
Hiburan Tue, 4 Feb 2025

#CSOIAM: Separuh Akhir Rekod Undian Tertinggi, Siapakah Bakal Merebut Gelaran Juara?

Siapakah juara #CSOIAM? Nantikan, Ahad 9 Februari di TV3

Hiburan Mon, 8 Jan 2024
Hiburan Wed, 2 May 2018

Ruhainies Kini Jadi Penerbit, Minta Netizen Jangan Pertikai

Ruhainies nampaknya sedang meneliti setiap skrip dalam drama tersebut sebagai persediannya untuk tidak kelam kabut disaat-saat akhir.

error: Content is protected !!