Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 18, 2024 @ 2:00pm

Fattah Amin Curang? Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Hentikan Fitnah – “Fazura Sendiri Tak Cakap Suami Dia Curang”

Pasangan pelakon sama cantik, sama padan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel meminta agar mana-mana pihak tidak lagi mengeruhkan keadaan susulan berita perceraian pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura.

Menerusi perkongsian di TikTok, Wawa dan Aeril berpendapat agar orang ramai di luar sana tidak sewenang-wenangnya membuat andaian sehingga boleh menimbulkan fitnah terhadap pasangan terbabit.

“Betulkah Fattah Amin curang? Mana ada. Kamu janganlah sebarkan fitnah-fitnah tu.

“Isterinya (Fazura) sendiri tak ada cakap yang Fattah curang. Kamu (netizen)  yang buat spekulasi sendiri.” katanya.

Mengulas lanjut, Aeril menjelaskan, tidak semua rumah tangga yang bergolak berpunca daripada kehadiran orang ketiga

“Kita pun tak tahu kan? Mungkin sebab lain, mungkin sebab persefahaman. Tak semestinya orang tu berpisah sebab curang ya,” ulasnya.

Terdahulu, pada Jumaat, Fazura mengejutkan ramai pihak apabila dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin  di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Bagaimanapun, Fattah menerusi laporan media baru-baru ini memaklumkan, dia terkejut dengan berita berkenaan memandangkan hanya mengetahuinya melalui media sosial.

Selain itu, Fattah juga mengakui masih sayangkan isterinya dan menegaskan tidak wujud mana-mana wanita dalam hubungan mereka seperti yang didakwa.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

ARTIKEL BERKAITAN:Umie Aida Nasihat Netizen Perlu Sokong Fattah Amin & Nur Fazura – “Tak Perlu Ada Team A Atau Team B, Doakan Yang Terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN:Terkejut Isteri Fail Perceraian, Fattah Amin Akui Masih Sayang Nur Fazura – “Tiada Wanita Lain Dalam Hidup Saya Seperti Yang Dihebohkan!”

ARTIKEL BERKAITAN: Muat Naik Foto Hitam Putih, Fazura Peluk Erat Fatima – “Semoga Awak Membesar Menjadi Seorang Yang Kuat & Tabah”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

ARTIKEKL BERKAITAN:Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Featured Thu, 19 Feb 2026

Aisha Retno Mengaku Pernah Terima Ugutan B*nuh

Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh sepanjang enam tahun bergelar anak seni.

Trending Thu, 7 Oct 2021

“Fikir Tiada Tawaran Kerja Bagaimana Nak Survive” – Kadang-Kadang Lemah Semangat, Yonnyboii Akui Rasa Down

Penyanyi rap, komposer dan penerbit muzik, Yonnyboii mengakui rindu untuk mengadakan persembahan di hadapan orang ramai. Pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, ini masih belum berjaya merealisasikan hasratnya untuk muncul dengan sebuah […]

Hiburan Sun, 20 Oct 2024
Hiburan Tue, 5 Feb 2019
Featured Fri, 21 Feb 2025
Featured Fri, 20 Feb 2026

Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan sekali lagi diuji apabila mendedahkan anak keduanya, Adrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang.

error: Content is protected !!