Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 21, 2024 @ 11:22am

Selepas 21 Hari Meringkuk Dalam Penjara, Da’i Syed Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara Tunggu Rayuan

Pendakwah selebriti, Da’i Syed, 29, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan merogol seorang wanita lima tahun lalu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi menangguhkan pelaksanaan hukuman pada Jumaat.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Abu Bakar Isa Rahmat apabila Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed yang sudah meringkuk selama 21 hari di Penjara Kajang dibebaskan, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan.

Memetik laporan Buletin TV3, Abu Bakar berkata, sesi pendengaran permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman adalah di bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah, di mana pihaknya bertindak sebagai pemohon dan Pendakwa Raya sebagai responden.

Pasukan peguam bela dari firma Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terdiri daripada Datuk Wan Azmir Wan Majid, Abu Bakar, Mohamed Baharudeen dan Muhammad Amin Othman.

Katanya, mahkamah membenarkan permohonan dengan beberapa syarat, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Masih Dalam Pantang, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Atas Dakwaan Merogol

ARTIKEL BERKAITAN:Da’i Syed Dedah Pernah Terserempak Dengan Pelaku, Ini Respons Hana Ismail – “This Is Not How A Victim Would React”

ARTIKEL BERKAITAN:Pelaku Anggap Keguguran Sebagai Kifarah, Hana Ismail Akui Emosi Terganggu – “Waktu Diambil Kurang Tepat”

Pada 30 Ogos lalu, Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Hakim dilapor menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

Dalam pda itu, pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah tersebut daripada tuduhan berkenaan tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City di Seksyen 7, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen ‘Bitter’ Tengok Da’i Syed & Isteri Papar Aksi Mesra… Siap Komen – “Bahagia Jangan Tunjuk Sangat Kat Orang”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Sweetnya! Lepas Main Hujan Bersama, Da’i Syed & Isteri Kongsi Video Mandi Pantai, Netizen Iri Hati Label Pasangan ‘Terpaling Kahwin’

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Nasihatkan Da’i Syed, Bekas Isteri Dakwa Afiq Muiz Kaki Pukul? – “Kau Buat Aku Patah Kaki & Jari, Tu Dipanggil Apa…?”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Guna Taktik Ajak Mangsa Datang Rumah, Isu Da’i Syed Makin Panas!

 

Sumber: Buletin TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Tiga Lagu Hael Ke AJL 33, Nabila Razali Janji ‘Turun Padang’

Sweet je tengok dua selebriti ni kan. Teman tapi mesra gituew…

Featured Tue, 13 Sep 2022

“Bukan Nak Tunjuk Alim!”- Nad Zainal Akui Lebih Selesa Pakai Baju ‘Baggy’ Masuk Gym

Okaylah tu pakai baju besar-besar. Baru selesa nak gerak! Korang ni pun, kang kecam pulak.😅

Featured Thu, 21 Mar 2019
Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Hiburan Mon, 22 Jul 2019

‘Syukur Peminat Belum Jemu’- Dayang Nurfaizah

Dayang yang menggayakan empat busana rekaan Datuk Rizalman Ibrahim juga berharap peminat yang tidak berkesempatan untuk menonton konsert di Istana Budaya dapat hadir di Singapura pada 28 Disember depan. 

Featured Mon, 23 May 2022
Trending Sun, 14 Jan 2024

Netanyahu Bertegas Teruskan Perang – “Tiada Yang Dapat Halang Kami, Sama Ada The Hague, Sy*itan Atau Sesiapa Pun”

Terkini, jumlah kematian penduduk Palestin meningkat kepada 23,843 orang manakala 60,317 orang mengalami kecederaan.

error: Content is protected !!