Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain August 29, 2023 @ 1:55pm

Pelaku Anggap Keguguran Sebagai Kifarah, Hana Ismail Akui Emosi Terganggu – “Waktu Diambil Kurang Tepat”

Pengacara Hana Ismail mengakui dirinya terkesan apabila seorang wanita menganggap kandungannya gugur akibat kifarah suaminya, Da’i Syed yang pernah merogolnya, pada tahun 2020 yang lalu.

Menurut Hana, tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh individu terbabit di media sosial baru-baru ini telah menjejaskan emosinya lebih-lebih lagi dirinya masih dalam fasa pemulihan.

Malah, Hana turut meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan si pelaku yang  menggunakan tempoh berduka itu untuk menyerang suaminya.

“Sejujurnya, saya tidak kisah. Apabila berkahwin saya memang bersedia dengan kemungkinan isu berbangkit seperti ini.

“Namun, waktu diambil oleh si pelaku untuk memuat naik video adalah kurang tepat lagi-lagi saya berada dalam fasa pemulihan.

“Secara fizikal memang nampak saya okey, tetapi saya masih lagi dalam fasa penyembuhan untuk emosi dan mental,” katanya.

Mengakui dirinya melalui fasa kecewa dan sedih selepas mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu, Hana bagaimana pun tetap bersyukur dirinya mempunyai ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat.

“Saya bukan malaikat. Tidak dinafikan memang saya mengalami fasa kesedihan dan kekecewaan.

“Memang sedih kerana kurang sebulan saya kehilangan anak dan menghadapi proses pantang. Naluri ibu sudah ada jadi saya rindu untuk hamil. Ditambah dengan situasi seperti ini banyak menganggu.

“Alhamdulillah ada suami, umi, abah, dan keluarga mertua yang memberikan sokongan. Orang ramai juga yang banyak mendoakan saya,” jelasnya.

Sementara itu, Hana turut berharap agar orang ramai lebih-lebih lagi pengguna media sosial untuk tidak melakukan sebarang andaian sebelum menyelidik perkara sebenar terlebih dahulu supaya tidak ada pihak yang terkesan.

“Satu penganiyaan dan kezaliman ke atas saya. Ini kira ujian buat suami, saya, si pelaku dan orang yang menonton video tersebut.

“Cuba lihat kepada kedua-dua pihak berbanding terus menyerang dan memberikan reaksi tidak wajar.

“Saya seru kepada orang ramai untuk bertabayyun (menyemak asas kebenaran) kerana reaksi anda sedikit sebanyak memberikan impak kepada saya dan suami serta ahli keluarga kami,” katanya.

Sebelum ini, pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap dua orang wanita yang memfitnah isteri keguguran akibat kifarah rogol.

Terdahulu, Hana dan Syed telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Zara Zya Akui Majlis Pernikahan Tidak Akan Berlangsung?

Kita doa yang baik-baik sahaja okay!

Featured Tue, 22 Nov 2022
Featured Tue, 10 Jan 2023

Netizen Tanya Bila Nak Kahwin 2… Respons Isteri Aliff Syukri Buat Ramai Setuju – “Pindahkan Semua Aset Dulu…”

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal […]

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selepas Tiga Tahun, Justin Bieber Akhirnya…

Bieber yang bakatnya dicungkil menerusi platform Youtube pada tahun 2007 mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Events Wed, 28 Sep 2022

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Foto K*maluan Di Aplikasi WhatsApp

Tak tau nak kata apa, tunggu je lah keputusan kes perbicaraan tersbeut okay!

error: Content is protected !!