Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 22, 2024 @ 8:39pm

“Sepatutnya Isteri Bersalin 6 Oktober Ini” – Timang Anak Kelima 2 Minggu Lebih Awal, Fizz Fairuz Dapat Baby Girl

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan isterinya, pelakon Datin Almy Nadia telah selamat bersalin cahaya mata perempuan, Rabu lalu.

Bersyukur atas kelahiran anak kelima, penyampai radio Suria FM itu meleraikan teka-teki mengenai status jantina anak bongsu pasangan selebriti itu, sebelum ini.

“Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki.

“Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima,” katanya.

Fizz bersyukur kerana urusan kelahiran dipermudahkan, Almy juga berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.

“Kalau nak diikutkan, tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.

“Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.

“Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.

“Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak dua sentimeter,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Fizz kini sedang sedang berada di Johor Bharu untuk Jejalah Suria Kuasa Dua.

Jejalah Suria Kuasa Dua meriah, ada peserta dari Terangganu turun ke Johor untuk sertai KiraOke Suria

Dalam acara terbabit, sebanyak 25 peserta telah menyertai sesi KiraOke Suria.

Lima peserta terpilih ke peringkat akhir akan bersaing baru merebut hadiah utama berupa wang tunai RM3,000, hari ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin terharu atas sambutan baik yang diberikan pendengar, khususnya di Johor Bharu.

“Saya difahamkan ada peserta yang berjaya mara ke final hari ini sanggup datang dari Terengganu seawal 6.00 pagi semalam semata-mata nak sertai KiraOke Suria.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

“Bahkan ada juga yang datang dari Kelantan dan Kuala Lumpur selain warga Johor sendiri yang sama-sama mahu rebut peluang hadiah menarik yang ditawarkan.

“Kami gembira dan terharu atas respon baik yang diterima. Ia sama hebat dengan sambutan hangat di pulau pinang yang berlangsung pada 7 dan 8 September lalu.

“Harapnya situasi sama akan berterusan atau mungkin lebih hebat apabila siri jelajah ini ke lokasi seterusnya iaitu ke Nilai dan Kelantan selepas ini. Terima kasih buat semua pendengar setia kami,” katanya.

Peserta wanita Masturah Azhar muncul juara membawa pulang RM3,000 manakala tempat kedua menjadi milik Ahmed Adam Daniel dan ketiga Mohd Khairul Shahfawi masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 10 Aug 2018

Jurnal Minggu Ke-4 : #daiTV3 Selami Jiwa Penghuni Tanjung Rambutan

Jurnal Minggu Ke-4 : Membawakan tema Kasih Sayang Dan Kekeluargaan sambil menyelami jiwa dan kehidupan penghuni Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak

Trending Tue, 7 May 2019

辣妈边生孩子边化妆!阵痛时就由丈夫代劳

在车上化妆已经不算什么!一名来自纽约的化妆师为了保持完美形象,在等待生产时竟然边忍着阵痛边化妆。

Hiburan Fri, 25 Apr 2025

[VIDEO] “Nama Saya Aliff Islam, RM1.5 Juta” – Aliff Syukri Lukis Tahi Lalat Di Muka, Netizen Dakwa Sindir Rebecca?

Tindakan Aliff Syukri lukis tahi lalat di wajah dakwa perli Rebecca dikritik netizen

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Featured Tue, 20 Sep 2022

Aaron Aziz Stalk Mesej Anak Perempuan di Instagram

Betul memang kena pantau pun lagi-lagi budak zaman sekarang lagi advance, lagi pandai 👀

Featured Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Allahu Akbar, kenangan indah yang takkan dilupakan! Kalau isteri mengidam, suami berusahalah sebaiknya untuk tunaikan! ❤️

error: Content is protected !!