Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 24, 2024 @ 4:42pm

Tindakan Ibu Tak Jenguk Anak-Anak Rita Rudaini Dipertikai, Zaquan Adha Selar Individu Sibuk Hal Keluarga – “Tak Tahu Cerita Tak Payah Sedap Mulut Cakap!”

Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha meluahkan rasa berang apabila ada individu wanita seakan sibuk menjaga tepi kain konflik keluarganya apabila bertanya mengenai hubungan ibunya bersama cucu-cucu bekas isteri abangnya, Aidil Zafuan iaitu Rita Rudaini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Zaquan memuat naik tangkapan skrin mesej yang diteriminya oleh individu tersebut yang bertanya sama ada ibunya tidak berjumpa cucu-cucu.

Individu tersebut turut menganggap bekas kakak ipar Zaquan iaitu Rita banyak memendam perasaan seorang diri.

“Mak tak nak tengok cucuk dari Rita ke? Sian Rita banyak memendam rasa. Semoga ada keajaiban untuk mak awak,” tulis individu berkenaan.

Zaquan Adha

Tidak berdiam diri, Zaquan tampil membidas inividu tersebut memintanya agar tidak masuk campur urusan peribadinya.

“Boleh tak kau tolong hormat hal peribadi orang? Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur.

“Jaga rumah tangga kau saja sudah, kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk hal orang.

“Kalau tak tahu cerita tak payah sedap mulut nak cakap. Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda bukan-bukan pasal kau,” tulisnya lagi.

Zaquan Adha

Sekadar info, abang kepada Zaquan iaitu Aidil Zafuan pernah berkahwin dengan aktres, Rita Rudaini pada 2008 namun bercerai pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Arit Qaqa Arjuna.

Artikel Berkaitan: Doa Peminat Termakbul, Rita Rudaini Menang Anugerah Ibu Ikon 2024… Empunya Badan Mengaku Anak ‘Hadiah’ Paling Manis

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Selar Netizen – “Saya Yang Kena Corakkan Anak-Anak, Bukan Suami Jiran Atau Bapak Tiri Anda”

Artikel Berkaitan: “Mati Nanti Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” – Rita Rudaini Besarkan Anak Seorang Diri Sejak 15 Tahun Lalu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 May 2020
Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Tue, 15 Nov 2022

[VIDEO] “Menangis Britney Spears Dengar” – Kreatifnya! Sajat Tukar Lirik Lagu ‘Toxic’, Ramai Save Buat Ringtone!

Min terhibur lah dengan Sajat ni! Ada je idea dia kan 🤣🤣🤣 Luvv lagu Toxic versi Sajat, tempo sangat tepat ya!

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
FESYEN Wed, 24 Jul 2019

Kugiran Masdo Is Bringing Back ‘The Beatles’ Fashion Vibes, Only On E!News

Just like the Beatles, the band stylish were heavily influenced by pop british and fashion from the 60ies, catch them on E!News

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Anggap Ujian Sebagai ‘Teguran’ Kecil, Perkongsian Asyraf Khalid Buat Netizen Terjaga

Bila saya diuji, benda pertama dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya…

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Sun, 20 Jan 2019
error: Content is protected !!