Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 12, 2018 @ 8:35am

Ziana- Armin Bercerai Talak Satu

Berakhir sudah kemelut rumah tangga penyanyi popular Ziana Zain apabila bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri melafazkan cerai talak satu pada jam 2.45 petang tadi.

Proses lafaz cerai dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Kata penyanyi berusia 50 tahun ini, walaupun hubungan mereka sebagai suami isteri telah berakhir namun dia tidak menyimpan dendam terhadap Armin.

 “ 20 tahun berkongsi kasih, saya tidak berdendam kerana saya bukan orang begitu. Saya sudah lama maafkan dia,” katanya.

Dalam masa sama, Ziana mengucapkan rasa syukur selepas segalanya selesai dengan baik.

 “Saya sendiri tak tahu nak cakap apa atau mentafsirkan air mata saya namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

“Sekarang fokus saya hanyalah anak-anak dan perkara lain saya tidak mahu fikir buat masa ini,” katanya.

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Kemelut rumah tangga mereka menjadi lebih besar selepas Armin dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan jenayah iaitu mencederakan seorang anaknya pada Mac lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Dec 2021

Doja Cat Positif Covid-19

Penyanyi terkenal Doja Cat mengumumkan dia disahkan positif wabak Covid-19 melalui hantaran terbaru di Instagram miliknya. “Dukacitanya, saya rasa sedih untuk berkongsi bahawa saya baru sahaja diuji positif Covid-19 dan tidak dapat membuat persembahan di […]

Trending Hari Ini Fri, 5 Jun 2020

Gerhana Bulan Penumbra Dijangka Berlaku Awal Pagi Esok

Fenomena ini dijangka bakal bermula pada pukul 1.45 pagi dan berlaku sekitar tiga jam dan 18 minit.

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Intan Najuwa Bakal Timang Anak Kedua – “Lunara Is Going To Be A Big Sister”

Tahniah Intan Najuwa, sedang hamil dan bakal timang anak kedua!

LIFESTYLE Sat, 19 Jan 2019

6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah

6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah Kerana Bahaya Pada Tubuh

error: Content is protected !!