Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2024 @ 8:36pm

[VIDEO] Reda Kehilangan Bayi Sulung, Marissa Dania Jawab Isu Bersama Abby Abadi – “Saya Tak Ketepikan Mama, Suami Lebih Selesa Berhubung Dengan Papa”

Berkongsi keadaan terkini selepas kehilangan bayi sulung bulan lalu, pempengaruh Marissa Dania Hakim, 19, reda dengan ketentuan takdir.

Menurut Marissa, dia dan suami, Ahmad Aslam terus kuat untuk berdepan ujian mendatang.

“Tentulah kami sedih kerana kehilangan anak. Tapi saya dan suami kena kuat. Kini, saya dan suami okay.

“Kami bersama-sama mengharungi dugaan ini dan anggap dah tak ada rezeki, jadi nak buat macam mana? Doakan kami,” katanya.

Marissa ditemui XTRA usai acara perasminan perisa baru Berryfull bersama Abby Abadi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dalam pada itu, Marissa turut menegaskan dia tidak pernah ketepikan ibunya, pelakon Abby Abadi susulan dakwaan merahsiakan khabar pemergian bayi sulungnya pada Ogos lalu.

Menurut Marissa, khabar duka itu lambat diterima Abby kerana suaminya lebih selesa berinteraksi dengan bapanya, Norman Hakim.

“Mama tak tahu awal sebab suami lebih rapat dengan papa. Dia lebih selesa dengan papa, lelaki dengan lelaki. Itulah sebabnya. Dia banyak berinteraksi dengan papa dan ayahnya. Itu sahaja.

“Tapi, itu tidak bermaksud saya ketepikan mama. Akhirnya, mama dapat tahu sebab saya juga kongsikan dengan mama,” jelas Marissa.

Marissa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran perisa baru Berryfull bersama Abby Abadi di Damansara pada Sabtu.

Tatkala disoal mengenai komen yang ditinggalkan di Instagram Abby yang meraih perhatian, Marissa berkata itu hanyalah gurauan terhadap ibunya.

“Mengenai komen yang saya tinggalkan di Instagram mama berkenaan mama tak membalas WhatsApp, tak ada apa pun sebenarnya. Memang saya nak menghubungi mama.

“Tetapi niat saya meninggalkan komen di Instagram mama ketika itu hanyalah untuk bergurau. Kami okay sahaja, tak ada apa pun,” katanya.

Terdahulu, Marissa sebelum ini dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.

Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Marissa yang juga isteri kedua Ahmad Aslam sebelum itu dikatakan mengadu sakit perut sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Begitupun, permata hati sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan dan selamat dikebumikan sehari kemudian.

Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Tue, 23 Jan 2018

LELAKI CANTIK DAH POTONG A***?

“Lelaki Cantik” ini kembali hangat apabila ramai yang mengecam beliau terutama sekali apabila Safiey memuat naik gambarnya bersama lelaki

Featured Sun, 24 Nov 2024

Pelakon Popular Didakwa ‘Songlap’ Wang Lagi? Individu Wanita Tampil Kemuka Bukti – “Wang Ibu Ditipu & Bibik Dipukul”

isu penipuan wang melibatkan pelakon popular semakin panas apabila seorang individu wanita tampil menimbulkan dakwaan lain berserta bukti.

Hiburan Wed, 5 Jun 2024
Trending Wed, 6 Jul 2022

“Dia Mungkin Terkenal Dengan Kontroversi Tapi…” – Fasha Sandha Dedahkan Sifat Sebenar Bekas Suami

Fasha Sandha menyifatkan bekas suami merupakan seorang yang baik hati.

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Farid Kamil Direman Empat Hari

Farid Kamil selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis

Featured Fri, 5 Nov 2021

“Sangat Mencabar, Tapi Saya Rasa Saya Akan…” – Ismail Izzani Akui Sukar Buat Pilihan

Selalu macam tu kan penyanyi nak jadi pelakon, pelakon nak jadi penyanyi….

error: Content is protected !!