Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 24, 2024 @ 1:13pm

Pelakon Popular Didakwa ‘Songlap’ Wang Lagi? Individu Wanita Tampil Kemuka Bukti – “Wang Ibu Ditipu & Bibik Dipukul”

Bagaikan tidak berkesudahan, isu penipuan wang melibatkan pelakon popular semakin panas apabila seorang individu wanita tampil menimbulkan dakwaan lain berserta bukti.

Menurut sumber yang diterima XTRA, individu wanita itu mendakwa, pelakon tersebut telah menipu wang milik ibu mentua dan adik iparnya.

Dakwa wanita yang namanya enggan didedahkan kepada umum, aktres tersebut memberikan alasan mahu membuka perniagaan kepada ibunya sebelum bertindak meminjam wang berjumlah hampir RM50,000 (SGD15,000).

“Kami juga mangsa dia. Ibu saya telah ditipu sebanyak (SGD15,000), adik saya (RM12,000) dan juga pembantu rumah saya (RM16,000) yang dulu bekerja dengannya.

“Dia hutang ibu mentua saya dengan alasan untuk buka kedai jual beg berjenama di bazar ramadan sekitar tahun 2012. Ibu kurang sihat. Ibu ada minta pulang semula duit pada tahun 2015 tapi dia buat bodoh.

“Dia juga hingga sekarang hilang dan tidak menjawab pesanan atau panggilan,” dakwanya.

Dalam pada itu, aktres berkenaan juga didakwa tidak membayar wang sebanyak RM40,000 kepada adiknya selepas bekerjasama menerusi sebuah filem sebagai pelakon utama.

“Dia janji akan bayar gaji sebagai pelakon utama sebanyak RM40,000. Tapi hanya dibayar gaji RM10,000.

“Dan wang bernilai RM10,000 di letak dalam bank yang dibuka atas namanya dengan alasan adik saya bukan warga Malaysia.

“Bila adik saya check bank, sudah kosong dan duit yang dia letak dalam bank dalam RM2,000 pun hilang.

“Jadi kesemua duit adik, dia ambil TANPA izin sebanyak RM12,000,” dakwanya.

Paling menyedihkan, wanita berusia 34 tahun itu mendakwa pelakon popular itu juga berlaku kejam terhadap pembantu rumahnya.

Selain gaji tidak dibayar berjumlah RM16,000, timbul dakwaan pembantu rumah terbabit turut dipukul, diugut dan dimaki hamun oleh pelakon itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Semua Ni Hasil Titik Peluh Sendiri, Dari Kosong Sampai Siap” – Mekyun Berjaya Miliki Rumah Pertama Sebelum Usia 30 Tahun

Mekyun berjaya mencapai salah satu impian terbesar dalam hidupnya sebelum mencecah usia 30 tahun.

Featured Tue, 5 Sep 2023

[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰

Featured Sat, 15 May 2021

Ralit, Lagu Tema Filem J Retribusi 2 Mula Dilancarkan Hari Ini

Bersempena dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun 2021, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, RALIT […]

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Featured Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Kongsi Wajah Tahan Kontraksi, Elfira Tetap ‘Cute’

Tahan kontraksi pun comel. Macam mana tu?

Hiburan Fri, 26 Sep 2025

“Tak Minat, Tak Apa” – Dikritik ‘Syok Sendiri’ Mahu Anjur Mini Konsert, Nourul Depp Tenang Bidas Netizen

Nourul Depp hargai keprihatinan netizen yang bimbang tiket konsert tidak laku

error: Content is protected !!