Euforia Bola 2026
Figura By: Padin October 5, 2024 @ 8:57am

Usaha & Kajian Prof Dr Mike Chan Dalam Perubatan Regeneratif Jadi Kunci Menangani Proses Penuaan Serta Memperbaiki Kesihatan

Perubatan regeneratif dan anti-penuaan semakin mendapat perhatian dalam menjaga kesihatan awam, khususnya dalam mengatasi kesan penuaan dan perubahan fisiologi yang berlaku sepanjang hayat seseorang.

Meskipun masih ramai yang keliru, terutamanya golongan wanita, mengenai fungsi sebenar perubatan regeneratif, ia bukan hanya terhad kepada bidang kecantikan. Sebaliknya, ia juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan keseluruhan.

Terapi perubatan seperti rawatan selular dan hormon membantu memperbaiki sel-sel rosak, memulihkan tisu badan, dan meningkatkan tahap kecergasan serta tenaga harian individu.

Perubatan regeneratif ini bukan sahaja bermanfaat untuk individu yang kurang pendedahan, malah ia dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan penuaan seperti osteoporosis, penyakit jantung, dan gangguan hormon seperti menopaus.

Di samping itu, rawatan ini juga berperanan menjaga penampilan fizikal yang sihat, meningkatkan keyakinan diri dan secara langsung menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup.

Dalam konteks perubatan holistik, perubatan regeneratif bukan sahaja membantu memperlahankan proses penuaan tetapi juga memastikan golongan wanita mencapai kesihatan yang optimum sepanjang hidup mereka.

Walaupun nama Prof. Datuk Seri Dr. Mike Chan mungkin kurang dikenali di Malaysia, beliau merupakan salah seorang pakar perubatan regeneratif dan anti-penuaan yang dihormati di peringkat antarabangsa.

Sebagai seorang pakar dalam terapi selular, Dr. Mike Chan telah membawa banyak inovasi dalam bidang ini yang bertujuan meningkatkan kesihatan, kecergasan, dan memanjangkan usia manusia.

“Selain terlibat dalam rawatan klinikal, saya juga menjalankan penyelidikan saintifik mendalam untuk mengatasi pelbagai penyakit kronik yang berkaitan dengan proses penuaan.

“Dengan pengalaman hampir dua dekad, apa yang saya pelajari memainkan peranan penting dalam memperkenalkan terapi selular yang diiktiraf di seluruh dunia.

“Kariernya saya bermula dengan minat yang mendalam terhadap potensi penyembuhan dalam sel stem iaitu rawatan yang menggunakan sel hidup untuk memulihkan tisu badan yang rosak akibat penyakit atau penuaan.

“Terapi sel stem ini kini menjadi antara kaedah utama dalam menangani pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, artritis, dan penyakit jantung, yang sering dikaitkan dengan proses penuaan,” katanya.

Menurut Dr. Mike Chan, beliau mula meneroka bidang terapi selular ketika ia masih kurang dikenali di Malaysia, dengan harapan agar rawatan ini dapat meningkatkan jangka hayat manusia dan memberikan kehidupan yang lebih sihat.

“Dengan penyelidikan dan inovasi yang berterusan, bidang perubatan ini mampu membuka peluang baru dalam cara kita memahami kesihatan dan penuaan.

“Saya ingin turut menekankan kepentingan memahami gangguan neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson yang semakin menjadi kebimbangan utama apabila usia meningkat.

“Selepas umur 40, manusia kehilangan sebanyak 10,000 neuron setiap hari dan proses penuaan otak bermula seawal usia 20 tahun, dengan lobus frontal berkembang sepenuhnya pada usia 24.

“Oleh itu, gaya hidup yang proaktif dan pengesanan awal gejala kemerosotan kognitif boleh memberi impak positif terhadap kesihatan otak dan mencegah masalah neurodegeneratif di kemudian hari,” katanya.

Pemakanan yang kaya dengan Omega-3, terutamanya ikan, disarankan oleh Dr. Mike Chan sebagai salah satu cara untuk mengekalkan fungsi kognitif yang sihat.

Beliau juga mengingatkan bahawa pengambilan alkohol harus dielakkan kerana ia boleh mempercepatkan kemerosotan otak, terutamanya selepas umur 60 tahun.

“Tanda-tanda awal kemerosotan kognitif seperti kehilangan ingatan perlu diberi perhatian serius kerana rawatan lebih berkesan apabila dimulakan pada peringkat awal penyakit.

“Pentingnya pencegahan penyakit neurodegeneratif bermula seawal usia 30-an dan menyeru supaya pendidikan awam mengenai penyakit ini ditingkatkan,” katanya lagi.

Sebagai pengasas beberapa organisasi perubatan terkemuka yang menyokong penyelidikan dalam bidang regeneratif, Dr. Mike Chan baru-baru ini melancarkan Pusat Premier European Wellness yang ke-46 di Kota Kinabalu, Sabah.

Pusat ini, yang berkeluasan 60,000 kaki persegi, menawarkan lebih daripada 60 perkhidmatan terapi kesihatan holistik dan regeneratif menggunakan teknologi terkini, menjadikan Kota Kinabalu sebagai pusat tumpuan pelancongan perubatan di Asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Aug 2022
Sihat Wed, 27 Jun 2018

Bertemu Bidan Dan Pakar Obstetrik Seawal Kehamilan Bantu Ibu Elak Kelahiran Pramatang

Bersalin pramatang ditakrif sebagai proses melahirkan bayi sebelum usia kandungan 37 minggu.

Featured Wed, 13 May 2020
Gaya Hidup Tue, 10 Apr 2018

Sah! Lelaki Lebih Suka Bergosip Daripada Wanita Bahkan Topik Umpatan Mereka Lebih Bahaya

Gelaran Kiah Propa, Kak Bed, Sis Posto, Kak Nam dan terbaru, Makcik Bawang, menggambarkan sikap kelompok wanita yang suka mengata dan menyebarkan fitnah.

Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Featured Fri, 13 Sep 2019
Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Hindari Guna Putik Kapas Kalau Tak Nak Telinga Anda Sakit Teruk

Tahukah anda mengorek dan membersihkan tahi telinga menggunakan putik kapas akan merosakkan telinga?

Featured Wed, 1 Apr 2020

KKM teliti garis panduan bazar Ramadan dalam talian

Saranan idea baharu termasuk konsep digital

error: Content is protected !!