Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 6, 2024 @ 2:52pm

Hiburkan Pelajar Di Minggu Orientasi, Aina Abdul Percaya Setiap Universiti Ada Cara Tersendiri – “Saya Tak Sangka Video Menyanyi Depan Mahasiswa UNIMAS Jadi Tular”

Penyanyi Aina Abdul tidak menyangka video persembahannya di Minggu Aluan Pelajar, majlis orientasi mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), malam tadi tular di platform media sosial.

Menurut Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, dia berbesar hati dapat membuat persembahan di sana serta dapat mempromosikan konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal berlangsung di UNIMAS, Kota Samarahan pada 14 Disember ini.

“Sejujurnya, saya tak sangka video persembahan saya tular. Saya berbesar hati dapat menghiburkan pelajar baharu yang mendaftar di UNIMAS.

“Mereka memberikan sambutan yang sangat baik dan saya gembira dapat menghiburkan mahasiswa UNIMAS,” katanya.

Video persembahan Aina yang membuat persembahan di minggu orientasi turut dikaitkan dengan situasi semasa yang hangat diperkatakan mengenai fasilitator yang membuat ‘prank’ terhadap pelajar baharu.

Mengulas mengenai isu terbabit, Aina percaya setiap universiti mempunyai cara tersendiri untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu.

“Saya percaya setiap universiti ada cara tersendiri untuk mengendalikan minggu orientasi. Saya juga bekas graduan universiti, jadi apabila saya melangkah ke dewan melihat pelajar baharu mendaftar, saya terkenangkan diri sendiri yang pernah menghadapi situasi sama.

“Bagi saya, apa yang penting adalah pelajaran. Saya berharap pelajar baharu dapat belajar dengan bersungguh-sungguh selepas tamat minggu orientasi. Itu lebih utama. Tak kisah apa sahaja cita-cita anda, sila utamakan pelajaran dan buat perkara yang dapat menggembirakan diri anda,” katanya lagi.

Terdahulu, video bertajuk ‘POV: Beza Orientasi di IPTA Sarawak dengan yang lain’ yang dikongsikan oleh Dr Ash Zafrel mendapat perhatian ramai dan tular di platform TikTok.

“Tiada jeritan abang kakak fasi (fasilitator), sini artis datang buat surprise dik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, video terbabit meraih lebih 34,000 tanda suka dan mendapat lebih 340,000 tontonan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Nabila Razali Dedah Dihujani Kritikan Negatif, Akui Ingat Akaun Individu Komen Melampau – “Boleh Memaafkan, Tetapi Bukan Melupakan”

Nabila Razali akui perdebatan yang semakin tidak terkawal itu telah membuka ruang kepada netizen untuk kembali mengungkit kisah silamnya

Featured Sat, 10 Sep 2022
Hiburan Sun, 11 Aug 2024
Featured Fri, 21 Nov 2025

DMA Islam Label Pencinta Kucing Makhluk B*doh & Ada Masalah Mental, Ustaz Azhar Idrus Tampil Respons – “Baca Talkin Pada Kucing Mati Itu Baru Otak Tak Sihat”

UAI menegaskan, kenyataan tersebut tidak berasas dan bercanggah dengan sejarah serta ajaran Islam yang menjunjung sifat kasih sayang terhadap haiwan.

Hiburan Tue, 9 Aug 2022

“Pelakon Bukan Melayu Kena Usaha Lebih” – Elizabeth Tan Kongsi Tip Bertahan Lama Dalam Industri

Elizabeth Tan beri tip pada pelakon bukan Melayu untuk kekal lama dalam industri.

Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Pak Nil dah bantu sebaik mungkin, Allah lebih sayangkan arwah abang Ibnor Riza❤️ Al-Fatihah.

error: Content is protected !!