Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 8, 2024 @ 3:30pm

“Semoga Yang Baik-Baik Saja Untuk Awak” – Risteena Titip Semangat Buat Fattah Amin

Pelakon, Risteena menitipkan pesanan kepada aktor, Fattah Amin yang baru sahaja bercerai talak satu dengan selebriti, Nur Fazura, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), kakak kepada aktres sensasi, Ruhainies ini berharap agar Fattah terus kuat.

Selain itu, Risteena turut mendoakan agar segala urusan bapa anak satu ini akan dipermudah olehNya.

“Be strong, Fattah Amin. Semoga yang baik-baik saja untuk awak,” tulisnya.

Fattah Amin

Risteena berkata demikian dalam satu muat naik di IGs memaparkan poster drama lakonan mereka berjudul ‘Playboy Itu Suami Aku’.

Sebelum ini, aktres, Sherry Ibrahim yang juga merupakan bekas kekasih Fattah sekitar tahun 2016 turut menitipkan pesanan kepada aktor filem Pendekar Awang ini.

Artikel Berkaitan: “Bangkit Untuk Mulakan Hidup Baru” – Sherry Ibrahim Harap Fattah Amin Tabahkan Hati 

Berita perpisahan Fattah dan Fazura masih menjadi topik bualan hangat bukan sahaja dalam kalangan netizen, malah rakan-rakan selebriti.

Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada Isnin, 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura yang telah memfailkan perceraian pada 13 September lalu bercucuran air mata apabila mengakui dia tidak dapat menerima Fattah bertindak curang.

Selain isu curang, punca perceraian lain adalah Fattah didakwa telah mengabaikan nafkah serta tiada persefahaman.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: Langgar Perintah Mahkamah Sebar Aib Fattah Amin? Peguam Maklum Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara – “Nak Terus Fitnah? Tanggunglah Dosa”

Artikel Berkaitan: Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Hos Kacak Diserang Individu Misteri?

Menerusi posting berkenaan, penulisannya menggambarkan dirinya sedang bersedih apabila dilabel sebagai hos ‘sendu’. Aik, kenapa tu?

Trending Tue, 17 Apr 2018

Is HERSHEY’S a Korean Pop Music Fan?

Their latest chocolate bar packaging is making people believe that they could be KPOP fans.

Hiburan Fri, 12 May 2023
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

FARID KAMIL DIDAKWA AMBIL DADAH, AKUI TIDAK BERSALAH

Datuk Farid yang diwakili oleh peguamnya, Athari Bahardi dilihat begitu tenang ketika pertuduhan tersebut dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi

Featured Wed, 29 Sep 2021
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Kayda Aziz Insists She Doesn’t Use Parents’ Names to Achieve Success

“I don’t ride on my parents’ fame…”

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Nora Danish Jawab Isu Pengasuh Dera Kanak-Kanak

Seiring dengan kes penderaan yang kini semakin menjadi-jadi, pelakon, Nora Danish berharap pihak berkuasa membuat tindakan ke atas kes tersebut.

Hiburan Thu, 25 Sep 2025

Tam Suhaimi Bertegas Tak Perlu Adegan Panas Untuk Tarik Penonton

Tam Suhaimi tak setuju perlu adengan panas untuk karya laris

error: Content is protected !!