Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 13, 2024 @ 5:48pm

[VIDEO] Nama Terkait Isu Perkahwinan Fattah Amin, Fazura… Rosyam Nor Tetap Ambil Tindakan Undang-Undang – “Ada Yang Dah Mohon Maaf, Tapi..”

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan namanya dengan kisah perkahwinan pasangan pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura, baru-baru ini.

Menurut Rosyam, dia akan bertemu pegawai penyiasat esok untuk meneruskan siasatan.

Malah, mereka akan mengenal pasti setiap akaun di media sosial yang menyebarkan fitnah dengan mendakwa dirinya mengeluarkan kenyataan berhubung perceraian Fattah dan Fazura.

“Saya tahu kisah rumah tangga antara Fattah dan Fazura, mereka berdua sudah saya anggap macam adik sendiri. Tapi bila ada tangan nakal yang membabitkan saya dalam isu itu, timbul dakwaan kononnya saya buat kenyataan berkenaan perkara terbabit, ia tidak benar sama sekali.

“Mula-mula, saya tak mahu ambil peduli, tapi bila semua cakap kenapa saya hendak masuk campur dan ia merebak sehingga jadi teruk. Sedangkan, saya tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan. Jadi, saya ambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis di Balai Polis, Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“Esok saya akan bersama pegawai penyiasat untuk teruskan kes ini dan cari lagi berapa ramai lagi yang menggunakan nama saya untuk memburukkan saya. Saya akan seret mereka ke mahkamah.

“Ada pihak yang membuat tuduhan sudah menghubungi saya untuk memohon maaf, tapi saya mahu serahkan perkara terbabit kepada peguam,” katanya.

Terdahulu, selepas perceraian Fattah dan Fazura pada 7 Oktober lalu, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik mengenai seorang isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan.

Namun, dalam perbincangan itu, Rosyam tidak menganggap semua wanita berperangai begitu tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap demikian.

Berikutan itu, terdapat banyak portal yang menyebarkan berita palsu dengan menyebut kenyataan Rosyam itu berkaitan dengan Fattah dan Fazura.

Dalam pada itu, Rosyam menjelaskan laporan polis yang dibuat menyebut mengenai tindakan mengaibkan dan memfitnah dirinya menerusi hantaran di media sosial.

Rosyam yang bakal duduk di kerusi juri tetap program Famili Duo 4 mengakui penyebaran fitnah itu menjejaskan namanya termasuk ahli keluarga, malah memberi kesan terhadap kerjasama dengan beberapa pihak.

“Saya akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis untuk menyiasat. Saya tengah marah, mereka perlu ingat saya ada keluarga, besan, menantu dan cucu. Semua terpalit sebab fitnah mereka.

“Sudah tentu menjejaskan nama saya, kita ada kredibiliti dan jenama yang saya bekerjasama. Saya ada bisnes. Kadang-kadang orang terlalu percaya dengan apa sahaja yang keluar di media sosial.

“Saya berharap dengan tindakan saya ini akan membuka mata masyarakat. Bukan semua netizen begitu, hanya segelintir yang tidak mahu memahami dan buat hantaran memfitnah,” katanya kepada XTRA.

Rosyam ditemui pada sidang media program realiti terbitan TV3, Famili Duo musim keempat (FD4) di The Grey Box, GMBB, Bukit Bintang, sebentar tadi.

Famili Duo 4 bakal dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 2 Jul 2018
Featured Mon, 28 Aug 2023
Trending Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Tue, 12 Feb 2019

’Bukan Semua Suka Tengok Kita Bahagia’- Faradhiya Pilih Tidak Kongsi Hal Peribadi Di Sosial Media

Pesannya, ‘Kalau ada masalah, bercakap dengan Tuhan bukan dengan meluahkan kepada orang awam’. Betul tu!

Cahaya Mata Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] “No, I’m Not Pregnant” – Zahirah Macwilson Kongsi 10 Nama Bayi Perempuan Buat Netizen Tertarik

Sebelum ini, pelakon jelita Zahirah Macwilson pernah menyenaraikan sepuluh nama bayi lelaki yang merupakan kegemarannya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahirah Macwilson Senaraikan Nama Bayi Lelaki Untuk Anak Kedua? Terbaharu, menerusi sebuah perkongsiannya […]

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Kelab Peminat Fattah Amin Dah Bubar?

Selepas lima tahun kelab peminat Fattah Amin bergerak aktif, akhirnya mereka sepakat untuk membubarkannya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhiran kan? Buat Fattah, sabar ya. Ada atau tanpa kelab peminat, kami percaya masih ramai yang menyokong karier seni Fattah. Good Luck, BamTah!

Trending Sat, 19 Dec 2020
error: Content is protected !!