Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 16, 2024 @ 6:34pm

Konsert Solo Pertama Berlangsung Sukses! Jaclyn Victor Kekal Berbisa, Pukau Hampir 2,000 Peminat

Kekal berbisa. Itu frasa tepat menggambarkan konsert solo pertama Jaclyn Victor yang berlangsung sukses di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Konsert solo pertama yang diadakan bersempena ulang tahun ke-20 wanita yang mesra disapa Jac itu dihadiri hampir 2,000 peminat setia yang sama-sama mahu meraikan momen manis terbabit.

Menurut Jac, dia mendedahkan pada awalnya, rasa kurang keyakinan menyelebungi diri untuk mengadakan konsert solo pertama.

“Saya ada rasa ketakutan untuk mengadakan konsert. Buatnya nanti kalau tak ada orang nak datang, adakah saya perlu batalkan?

“Saya selalu ada rasa takut, bukan rasa takut ditolak, tetapi hanya ketakutan. Jujur, saya tak tipu, saya masih rasa takut dan saya tak rasa diri saya besar sebab saya tahu di mana tempat saya dalam industri.

“Saya hanya mahu menyanyi, jadi saya tak rasa pun diri saya ni bagus. Apabila rakan-rakan penyanyi lain buat konsert, saya tumpang gembira kerana mereka sangat hebat kerana dapat sambutan dan sold out. Mungkin karakter saya sendiri kurang keyakinan,” katanya.

Tambah Jac, dia rasa gementar sehingga rasa kering tekak di awal konsert berlangsung.

“Saya gemuruh. Awal-awal tu saya rasa sejuk, rasa gementar. Tekak rasa kering sahaja. Syukur segalanya berjalan lancar. Melihat sambutan peminat, saya sangat gembira dan semangat untuk membuat persembahan terus membara,” katanya lagi.

Jac memeriahkan konsert solo pertamanya dengan kolaborasi menarik bersama penyanyi jemputan, menambahkan keunikan dan kepelbagaian persembahan.

Jac menghiburkan peminat dengan seleksi lagu-lagu popularnya seperti Di Bawah Pohon Asmara, Kejutkan Aku, Sesal Tak Bermakna, Cinta Tiada Akhirnya, Ikut Rentakku dan turut menyanyikan lagu ikonik Koleksi Gemilang selama 10 minit.

Salah satu detik paling menghiburkan ialah apabila Jac berduet dengan Hael Husaini, bekas protegenya, menerusi lagu Ceritera Cinta dan Sandarkan Pada Kenangan. Paduan vokal mereka yang mantap dan penuh emosi mencipta suasana romantik yang berjaya menyentuh hati penonton.

Suasana juga menjadi lebih meriah apabila Jac menyanyikan lagu ikonik Sinaran sambil disertai oleh Liza Hanim, Marsha Milan dan Wani Kayrie yang berada di kerusi penonton.

Gabungan suara mereka dan interaksi spontan itu bukan sahaja menghidupkan semula aura lagu tersebut, tetapi juga membangkitkan suasana persahabatan yang erat antara mereka, menghiburkan penonton dengan persembahan yang penuh bertenaga.

Salah satu persembahan yang turut menghiburkan orang ramai ialah duet bersama Siti Nordiana menerusi lagu Nisan Cinta. Vokal mereka yang serasi dan harmoni berjaya mengangkat lagu tersebut, memberikan satu persembahan yang sangat mengasyikkan.

Jac turut mengadakan ‘reunion’ bersama Shila Amzah dan Ning Baizura menerusi trio 3 Suara, di mana mereka mendendangkan lagu-lagu popular seperti Semua Isi Hatimu, Di Mana Di Mana dan Beribu Sesalan.

Nyanyian mereka yang penuh keserasian dan harmoni menambahkan dimensi nostalgia pada malam tersebut, sekali gus mencuri hati semua yang hadir.

Akhirnya, penutup malam itu adalah saat yang ditunggu-tunggu peminat apabila Jac menyampaikan lagu Gemilang. Penonton berdiri, bersorak, dan memberikan tepukan gemuruh untuk satu persembahan yang sukar dilupakan.

Jac menutup persembahan dengan lagu Bollywood ikonik, Bole Chudiyan dan Tun Tunak Tun sekali lagi membuatkan semua penonton bangkit dan menyanyi bersama.

Konsert Solo Pertama Jaclyn Victor bukan sekadar konsert, ia adalah satu perjalanan penuh emosi, meraikan hampir dua dekad kecemerlangan seorang bintang dalam industri muzik tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Mar 2022
Featured Fri, 10 Sep 2021

Transformasi TV9 Dengan Wajah Baru, #JanjiHappy Bakal Curi Perhatian Penonton

Saluran televisyen, TV9 tampil melakukan transformasi berwajah baru semalam. Menerusi slogan #JanjiHappy, stesen televisyen (TV) milik Media Prima Berhad (MPB) itu kini menjadi saluran hiburan yang menyasarkan penonton segenap lapisan umur bermula dari kanak-kanak hinggalah […]

Featured Wed, 9 Nov 2022

Ibu Wafariena Kesal Dengan Sikap Iqbal Zulkefli – “Saya Ada Di Lokasi Penggambaran Itu & Iqbal Yang Minta Bergambar…”

Terbaharu, ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba membabitkan anaknya dalam gosip cinta sehingga mendatangkan publisiti murahan di media sosial. Memetik […]

Drama Thu, 24 Jul 2025

DEX Beraksi Dalam Drama Thriller Serius Bertemakan Sisi Dunia Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak, Strim ‘The Defects’ Di Tonton!

Strim ‘The Defects’ sekarang di Tonton! Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea, bermula 21 Julai.

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Wed, 1 Sep 2021

“Taubatlah, Allah Nampak Apa Yang Kita Buat”- Fazura Rayu Penipu Bertaubat

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui terkilan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat dengan menipu menggunakan jenama tudungnya. Menerusi Instagram Story Fazura yang dikongsikan beberapa jam lalu, aktres filem Senario XX itu […]

Featured Sat, 26 Oct 2024

Gagal Tahan Sebak, Zahra Terharu Dinobat Juara XTRAXSTAR 2024

Tahniah Zahra! Dan tahniah juga buat kesemua peserta XTRAXSTAR2024 🔥🔥🔥

Featured Thu, 22 Jan 2026

“Biawak Tak Boleh Buat Handbag, Cantik Pun Tidak! Jadi Kita…” – Fazura Berseloroh Isu Beg Tangan Diperbuat Dari Kulit Haiwan

Fazura tampil berseloroh ketika menjelaskan mengenai produk beg tangan dibawah jenamanya yang didakwa dibuat menggunakan kulit biawak.

error: Content is protected !!