Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 17, 2024 @ 6:45pm

Bayaran Tinggi Lepas Menang ABPBH 36? Hun Haqeem Janji Beri Komitmen Setanding Dengan Harga – “Saya Akan Serahkan Segalanya Termasuk Jiwa”

Pelakon, Hun Haqeem tampil memberi respons berhubung dakwaan segelintir pihak yang menanggap bayaran terhadapnya akan meningkat naik selepas merangkul trofi Aktor TV Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, baru-baru ini.

Ketika ditemui XTRA, Hun berkata kemenangan anugerah tersebut tidak akan mengubah caranya bekerja, malah dia akan terus memberi komitmen yang setanding dengan bayaran yang diterima.

“Berkenaan skeptikal bayaran akan mahal lepas menang anugerah, orang boleh fikir begitu namun apa yang saya janjikan, saya akan pastikan lakonan berbaloi dengan bayaran ketika ditawarkan untuk membintangi sebuah naskah.

“Segalanya saya akan serahkan segalanya termasuk jiwa saya. Saya sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam setiap karya lakonan. Soal harga, itu bergantung kepada pihak yang memberi tawaran.

“Mereka yang pernah bekerjasama dengan saya tahu bagaimana cara saya berikan komitmen terhadap kerja. Menang anugerah ABP atau tidak, nilai saya sama saja,” katanya.

Hun berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri terbitan VI, From Saga With Love musim kedua di TRX, Kuala Lumpur pada Rabu.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, aktor berusia 26 tahun ini teruja memaklumkan tahun 2025 akan menjadi tahun yang terindah dan menarik untuknya.

Hun atau nama lengkapnya, Haqeem Hermy, 26, merangkul gelaran Aktor TV Popular ABPBH 36 sekali gus menewaskan empat nama pelakon terkenal iaitu Aedy Ashraf, Redza Rosli, Meerqeen dan Amir Ahnaff.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jun 2022
#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni. Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada […]

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Semua Ni Hasil Titik Peluh Sendiri, Dari Kosong Sampai Siap” – Mekyun Berjaya Miliki Rumah Pertama Sebelum Usia 30 Tahun

Mekyun berjaya mencapai salah satu impian terbesar dalam hidupnya sebelum mencecah usia 30 tahun.

Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

Featured Thu, 27 Feb 2025

Dituduh Ubah Wajah, Fathia Latiff Nafi Lakukan Rawatan Ekstrem

Fathia Latiff enggan mengambil pusing kritikan mengenai perubahan wajahnya.

Trending Tue, 31 Dec 2019
error: Content is protected !!