Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 18, 2024 @ 7:05pm

Siti Nurhaliza Puji Cara Selebriti Indonesia Sokong Kerjaya Masing-Masing – “Tak Ada Rasa Cemburu Antara Mereka”

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kagum terhadap golongan selebriti negara Indonesia yang sentiasa memberi sokongan terhadap kejayaan masing-masing tanpa ada perasaan iri hati antara mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Siti memuat naik video memaparkan momen penyanyi terkenal, Datuk Sri Rossa sedang memeluknya ketika mereka bertemu di malam gala dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years berlangsung pada Rabu lalu.

“Kami saling menyokong antara satu sama lain. Saya sejujurnya ‘salute’ sama kebanyakkan semangat setiakawan artis Indonesia. Mereka saling dukung satu sama lain.

“Setiap kali ada teman artis buat konsert, mereka saling support, hadir membeli tiket.. Tidak ada istilah cemburu. Terima kasih di atas persahabatan ini,” tulisnya.

Sementara itu, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu ini turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa rakan artis Indonesia terkemuka atas persahabatan yang terjalin antara mereka antaranya Krisdayanti, Melly Goeslaw, Raisa, Judika, Cakra Khan dan Rina Rose.

Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan: Fadlan Hazim Anggap ‘Berlawan’ Dengan Siti Nurhaliza Satu Pengalaman Berharga – “Dulu Pernah Jadi Penari Latar”

Artikel Berkaitan: Hampir Hilang Nyawa Lahirkan Siti Aafiyah, Tunku Azizah Minta Netizen Jangan Salahkan Siti Nurhaliza – “Bertenang, Saya Yang Kongsi Cerita Dengan Mereka”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Feb 2019
Trending Mon, 16 Jun 2025
Featured Tue, 9 Jun 2026

“Pelajaran Terbesar Saya Adalah Tak Perlu Disukai Semua Orang” – Reen Rahim

Reen berkata, kebahagiaan sebenar bukanlah berlandaskan perhatian yang diraih, sebaliknya sentiasa dikelilingi insan ikhlas dan tidak hipokrit.

Trending Mon, 3 Jan 2022

Dakwa Difitnah Wanita Di Media Sosial, YouTuber Popular Aqil Zulkiflee Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan RM1 Juta  

Pemenang trofi YouTuber Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang […]

Featured Wed, 24 Sep 2025

Sheila Majid Catat Sejarah, Tampil Dengan Album Vinyl Eksklusif Sempena 40 Tahun Dalam Industri

Album vinyl ini adalah hadiah buat peminatyang menyokong karier nyanyiannya beliau.

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Sat, 16 Mar 2019

‘Buat Yang Terbaik Ok Atikah…’- Awi Rafael Titip Pesan Buat Bekas Tunang

Semoga Awi dan Atika, semoga kalian terus tabah dengan dugaan kali ini, kita doa yang baik-baik buat mereka.

error: Content is protected !!