Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 21, 2024 @ 4:18pm

Kali Kedua Bawa Watak Jahat, Husna Mustaffa Alami Sakit Kepala & Badan Dalami Karakter Suri Dalam Salju Rindu Di Bumi Auckland

“Untuk menjadi seorang yang lantang dan bercakap kasar dengan orang adalah amat susah’.

Demikian luahan pelakon Husna Mustaffa ketika disoal mengenai wataknya dalam drama rantaian TV3,  Salju Rindu Di Bumi Auckland.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝓗𝓾𝓼𝓷𝓪 𝓜𝓾𝓼𝓽𝓪𝓯𝓯𝓪 (@husnamustaffa)

Ketika ditemui XTRA, Husna berkata, membawakan watak antagonis bukanlah suatu yang mudah apatah lagi seorang pelakon itu bertanggungjawab untuk mempersembahkannya denga baik agar penonton dapat merasai watak tersebut.

Menurutnya, sebagai seorang yang ‘soft spoken’ dia mengaku amat susah untuk bercakap kasar dengan orang lain.

“Ini kali kedua saya bawa watak antagonis, saya memang jarang bawa watak ni selama saya berlakon.

“So, agak susah sedikit dan saya banyak belajar daripada Kodi Rasheed juga.

“Dan, memandangkan saya seorang yang soft spoken, untuk saya menjadi seorang yang lantang dan bercakap kasar dengan orang adalah amat susah  sehinggakan saya sakit kepala, sakit badan fikir macam mana nak ‘color’ kan lagi watak tersebut,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Ketika disoal mengenai batas pergaulan ketika berada di set penggambaran, Husna menjelaskan, sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata, dia amat menitik beratkan batas pergaulan.

Jelasnya, meskipun suami meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap dirinya, namun sebagai seorang isteri, ibu dan aktres, dia amat menjaga hubungan dengan orang sekeliling.

“Pada saya isu rumah tangga atau batas pergaulan tak ada masalah. Sebab saya sentiasa menjaga hubungan dengan orang sekeliling.

“Dan kita punya pekerjaan pun setiap benda ada batasnya. Jadi pada saya isu batas pergaulan di set memang tiada masalah selagi niat kita betul.

“Dan, alhamdulillah suami saya memang menyokong dan tak ada menghalang. Dia senang cerita, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya begitu juga sebaliknya.

“Dalam industri kita ni, kalau orang kata banyak benda yang tak elok jadi sebenarnya tak. Apa jua pekerjaan sekalipun semuanya ada risiko sendiri, terpulang pada cara dan niat kita pekerja,” jelasnya.

Sekadar info, menerusi drama rantaian ini, Husna memegang watak sebagai Suri iaitu anak kedua dan anak kesayangan kepada Pak Talib (Shamsul Ghau Ghau).

Suri merupakan seorang yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah bertindak jahat terhadap adik-beradiknya demi mendapatkan kehendaknya.

Selain Husna, drama sSalju Rindu Di Bumi Auckland ini turut dibintangi pelakon hebat seperti, Keith Foo, Riena Diana, Kodi Rasheed, Nabil Aqil, Shamsu Ghau Ghau dan ramai lagi.

Drama penuh emosi ini berlatar belakangkan keindahan bumi Auckland ini mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober.

Untuk rekod, drama ini mendapat sambutan luar biasa menerusi platform media sosial apabila meraih sebanyak 30 juta capaian setakat 10 episod tayangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 May 2020

[TERKINI] Akhirnya Mayat Mangsa Lemas Tiga Beradik Ditemui

Kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan. Al-Fatihah

Featured Wed, 27 Mar 2024

Khatam Al-Quran Lebih 5 Kali, Netizen Bitter Gelar Lisa Surihani Riyak

MashaAllah, moga tips yang diberikan Datin Lisa dapat dijadikan pengajaran😊

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Nelissa Nezam langgar pantang?

Tapi kalau macam ni punya ‘hot’ lah, terus berkobar-kobar rasa nak ke gim. 

Hiburan Wed, 18 Jan 2023

Tak Terlibat Dengan Adegan Panas Filem Pulau, Ini Respons Ikmal Amry – “Siapa Tak Suka, Tak Perlu Tengok”

Filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac ini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana dakwaan ia mempunyai adegan yang tidak bersesuaian untuk dijadikan tontonan umum. Malah, pendakwah bebas PU Syed yang terkenal dengan […]

Trending Mon, 13 Aug 2018

Gas Ammonia Bocor, Dua Pekerja Kilang Ais Maut

Kejadian melibatkan kebocoran gas ammonia seperti ini sudah dua kali dilaporkan berlaku setakat ini

Hiburan Sat, 12 Jul 2025
Cahaya Mata Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Wanita Cantik Ini Rupanya Vokalis Kumpulan Cokelat!

Kalau ditanya tentang muzik pilihan, saya lebih tertarik dengan akustik. Lebih tenang tetapi saya suka mencabar diri sendiri dengan mencuba benda baharu. Oleh sebab itu, saya ambil keputusan untuk sertai Cokelat,.

error: Content is protected !!