Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 23, 2024 @ 4:17am

Selepas Lebih Dua Dekad Tak Muncul Dengan Lagu Solo, Hazrul Nizam Tampil Dengan Rawan

Kali terakhir muncul dengan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu, penyanyi Hazrul Nizam muncul dengan buah tangan solo terbaharu.

Single berjudul Rawan yang ditulis dan digubah oleh Amylea Azizan itu menjadi pengubat rindu buat seluruh peminat Hazrul selepas sekian lama menantikan kemunculannya.

Hazrul yang juga penyanyi asal Singapura berkata, selepas dilancarkan di semua platform penstriman muzik termasuk YouTube pada 13 Oktober 2024, Rawan menerima maklum balas positif pendengar.

“Lagu Rawan sudah ada di semua platform penstriman seperti Spotify, Apple music dan YouTube. Alhamdulillah penerimaan sangat memberangsangkan. Ramai penyokong saya sangat suka lagu Rawan dan mungkin terubat rindu untuk saya keluarkan lagu solo selepas 21 tahun tiada lagu semenjak Kaulah Segalanya.

“Alhamdulillah lagu ini dipilih untuk menjadi runut bunyi (OST) drama Satu Hari Nanti dibintangi Bella Astillah, Ezaidi Aziz dan ramai lagi terbitan Mache All Star United,” katanya.

Mengulas mengenai muzik video Rawan, Hazrul bersyukur kerana ia dibantu oleh barisan pelakon hebat untuk menambah seri single nyanyiannya itu.

“Saya akan buat yang terbaik untuk mempromosikan lagu Rawan ni. Muzik video sudah dilancarkan pada 13 Oktober lalu. Saya amat bersyukur kerana pelakon-pelakon legenda dan handalan sudi bekerjasama.

“Antara yang terlibat Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Datuk Rahim Razali. Muzik video Rawan diarahkan oleh pengarah terkenal, Bobby Husaini dan diterbitkan oleh HMA Entertainment.

“Untuk muzik video ini saya memang nak bercerita, bukan sekadar muka saya menyanyi dalam MV itu. Saya nak menceritakan sebuah situasi yang menggambarakan kehilangan diri kerana kalau cerita pasal cinta macam dah banyak lagu sebegitu.

“Saya nak buat kelainan sikit dan Ahamdulillah apabila saya berkongsi idea dengan pasukan saya, Bobby, dia pun menambah idea mengikut kemahuan saya dan terciptalah muzik video ini,” katanya.

Berkongsi maksud disebalik lagu Rawan, Hazrul berkata, ia menceritakan mengenai kehilangan yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai maksud mengikut pendengar.

“Rumusan lagu Rawan ni menceritakan perasan pilu bercampur sedih. Seperti kehilangan. Tak kisah kehilangan orang tercinta, atau kucing kesayangan ataupun kehilangan diri sendiri.

“Amylea adalah penggubah lagu Rawan dan penulis lirik. Memang terharu bila dia sudi nak tuliskan lagu untuk saya.

“Saya sangat tertarik dengan melodi dan lirik lagu Rawan. Saya memang suka lagu berentak balada atau galau begini dan menarik sekali, lagu ini boleh diinterpretasikan dalam pelbagai cara.

“Bukan untuk yang patah hati kerana cinta sahaja, untuk yang kehilangan keluarga atau kawan termasuk kehilangan diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Hazrul berkongsi, dia masih menerima undangan untuk menjayakan persembahan, namun terpaksa menolak beberapa tawaran di Malaysia berikutan tiada permit daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Tambah Hazrul, dengan single Rawan, ia boleh dianggap jalan untuk membuat kebangkitan semula dalam industri muzik.

“Selepas terlibat dalam sebuah program realiti dua tahun lalu, saya balik ke Singapura untuk uruskan kerja hartanah saya. Banyak juga undangan di Singapura, Alhamdulillah dan di Malaysia juga. Tapi kerana saya tiada permit PUSPAL, banyak yang terpaksa saya tolak.

“Lagu solo ni mengambil masa agak lama kerana selepas program terbabit, saya ada lancarkan lagu duet bersama penyanyi Singapura, Diana Nazyra berjudul Sejuta Kata. Selepas itu, bergabung pula dengan kawan baik saya iaitu Dina Nadzir dengan lagu Berat Hati.

“Jadi saya tunda lancarkan lagu Rawan ini. Kalau nak ikutkan, sudah 21 tahun sejak lagu solo, Kaulah Segalanya. Saya sangat teruja untuk lagu ni. Jadi selepas habis program itu, saya tidaklah berdiam diri sahaja. Masih berkarya dan akan terus berkarya,” katanya.

Lagu Rawan boleh distrim di pelbagai platform seperti Spotify dan Apple music manakala muzik video boleh ditonton di YouTube menerusi saluran Alternate Records & Talents.

Peminat juga boleh mengikuti perkembangan semasa Hazrul dalam industri seni melalui saluran YouTube rasminya, Hazrul Nizam, Instagram, @azruul dan TikTok, Hazrul Nizam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Feb 2018

10张错觉照片挑战你的视觉神经

「视觉错觉」是指视觉欺骗我们的大脑,感知到的物体的尺寸和颜色不同于真实的物体的情况。在网路中,有许许多多这样的例子,现在我们列出一些图片,你会看到不同的东西,一起来挑战你的大脑,去发现被欺骗的那些现象吧!

Featured Thu, 27 Oct 2022

Kos Cecah RM167,000, Lana Nodin Jawab Sebab Bedah Hidung Di Korea – “Saya Guna Tulang Rusuk..”

Ibu bapa dan suami beri keizinan. Lana Nodin syukur selepas ini tiada lagi pembedahan hidung

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Jom Intai Gelagat Selebriti Indonesia Turun Mengundi!

Difahamkan, vokalis kumpulan Dewa, Ahmad Dhani dan pelakon Vanessa Angel yang kini berada di bawah tahanan Pihak Berkuasa Indonesia turut turun mengundi seawal jam 8 pagi tadi.

Featured Fri, 24 Jan 2025
Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: ‘All Out’ Untuk Puas Sudah, Aina Abdul Harap Penonton Dapat Selami Isi Hati

Anggap kemenangan atau kekalahan sebagai rezeki, Aina Abdul hargai sokongan peminat

Featured Sat, 27 Sep 2025

“Alhamdulillah Saya Jalani Semua dengan Tenang, Terima Kasih Sentiasa Doakan Saya & Fatima” – Fazura

Faz terharu dan menyifatkan sambutan hari lahirnya adalah yang paling bermakna selepas pemergian bapa tercinta.

Hiburan Thu, 27 Mar 2025
error: Content is protected !!