Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 27, 2024 @ 2:05pm

Rangkaian Televisyen Media Prima Rangkul 17 Trofi Anugerah Seri Angkasa 2024

Usaha yang ditunjukkan oleh Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad sekali lagi membuahkan hasil apabila berjaya membolot 17 anugerah menerusi Anugerah Seri Angkasa (ASA 2024) yang dianjurkan Kementerian Komunikasi.

Kemenangan ini adalah pencapaian bersama seluruh pasukan di Rangkaian Televisyen Media Prima yang membuktikan keunggulannya di arena industri penyiaran tanah air menerusi penghasilan kandungan berkualiti yang dikongsi dengan masyarakat.

Salah satu kemenangan yang paling berharga adalah dalam kategori Dokumentari TV Terbaik, di mana program 8TV, Taste of Memory (Musim 2), diiktiraf dengan anugerah berprestij yang melayakkan mereka membawa pulang Dana Kandungan Kreatif bernilai sehingga RM150,000!

Kemenangan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan usaha keras seluruh pasukan produksi, tetapi juga menunjukkan sokongan padu dan luar biasa daripada penonton setia kami.

Selain itu, TV3 juga menonjol dengan kemenangan oleh hos yang berdedikasi dan berbakat luar biasa seperti Fiza Sabjahan dan Fedtri Yahya yang mempunyai semangat yang tinggi, yang masing-masing telah berjaya merangkul anugerah Pengacara TV Terbaik dan Pengulas TV Terbaik.

Tidak dilupakan program ikonik seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Majalah 3 (M3) terus diiktiraf atas kualiti serta impaknya yang signifikan dalam industri penyiaran. Lebih membanggakan lagi, TV3 telah berjaya menembusi kemenangan dalam kategori Media Baharu di Anugerah kali ini, melalui  drama DOH di Tonton dan podcast Siti Mimah.

Kejayaan dalam kategori-kategori ini adalah bukti komitmen kami dalam meneroka pelbagai medium baharu di platform digital dan menghasilkan kandungan inovatif.

Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Primeworks Studios, berkongsi kegembiraannya.

“Kejayaan ini amat bermakna buat kami semua. Kemenangan ini bukan sahaja cerminan komitmen dan hasil usaha seluruh  tenaga kerja di Rangkaian Televisyen Media Prima yang telah bekerja keras, berganding bahu dan bergabung tenaga untuk menyediakan kandungan berkualiti tinggi yang menghiburkan dan mendidik penonton, tetapi juga titik tolak kepada perjuangan kami dalam terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri penyiaran.

“Kami akan terus melangkah ke hadapan, menghasilkan program-program yang memberi impak positif kepada masyarakat dan mendukung nilai-nilai yang bermanfaat untuk semua.

“ASA 2024 adalah bukti bahawa karya kami disambut baik dan dihargai.  Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan setiap program kami, terutama para penonton yang setia, penerbit yang berinspirasi, dan rakan industri yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Pencapaian ini bukan sahaja menjadi pendorong tetapi juga satu penghormatan yang membawa inspirasi baharu untuk kami meneroka lebih banyak medium dan genre. Kami akan terus meraikan setiap kemenangan ini dengan memperkaya pengalaman penonton dan memastikan Rangkaian Televisyen Media Prima terus berdiri megah di persada penyiaran,” katanya.

Setiap pemenang dalam kategori ASA 2024 akan menerima trofi, sijil, dan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Berikut adalah 17 anugerah yang diraih oleh Rangkaian Televisyen Media Prima:

Kategori TV (Drama) :
1. Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik – Aida Aris dalam Dania (TV3)
2. Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik – Umar Shakur dalam Demi Masa (TV3)

Kategori TV (Produksi) :
1. Dokumentari TV Terbaik – Taste of Memory (Musim 2) oleh Chong Boon Yee (8TV)
2. Bicarawara TV Terbaik – Eksklusif Bersama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia oleh Mohd Said Abdullah Thani (TV3)
3. Rancangan Agama TV Terbaik – Sahabat Backpackers 2023 oleh Muhammad Saiful Saharudin (TV3)
4. Liputan Sukan TV Terbaik – Perlawanan Persahabatan Pramusim 2022 — Manchester United VS Liverpool  oleh Mohd Hafizul Akhmal bin Azeman & Zainal Za’Aim Bin Zainal Ratin (TV9)
5. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik – The Z Power (Musim 3) oleh See Chee How (8TV)
6. Animasi Tempatan  TV Terbaik – Ejen Ali Musim 3 oleh Usamah Zaid Yasin (TV3)
7. Pengacara TV Terbaik – Fiza Sabjahan untuk Eksklusif Bersama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia (TV3)
8. Pengulas TV Terbaik – Ahmad Fedtri Yahya untuk Aduan Jiwa: Hati Tertinggal di Syria (TV9)
9. Jurukamera TV MCP Terbaik – Mohd Hairul Izuan bin Aminuddin dalam Anugerah Juara Lagu 37 (TV3)
10. Jurukamera TV SCP Terbaik – Rishigeysannambiar A/L Sivasangaram dalam Tinta Syurga (TV3)
11. Suntingan Rancangan TV Terbaik – Christine Lee Mei Chin dalam Majalah 3 – Tragedi Elmina (TV3)
12. Set TV Terbaik – Anugerah Juara Lagu 37 oleh Muhammad Hafizan Bin Muhammad Noor (TV3)

Kategori TV (Berita dan Hal Ehwal Semasa) :
1. Laporan Khas Berita TV Terbaik – Rumah Kecil Tapi Berlambak Bilik Sewa oleh Nur Izzatie Mohd Rizan (TV9)

Kategori Media Baharu:
1. Drama Terbaik – DOH oleh Indigo Films SDN BHD untuk TV3 (Tonton)
2. Podcast Terbaik – Siti Mimah oleh Muhammad Ali Imraan Bin Harun  (TV3 Facebook)

Kredit foto: NST

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Dec 2025

The Helmi’s Perjelas Dakwaan Pakai Telefon Jenama Boikot – “Allah Jadikan Manusia Dengan Fitrah Yang Baik, Jadi Fikir Yang Baik-Baik”

Jelasnya, sekiranya terdapat produk lokal atau alternatif lain yang setara dari segi fungsi dan keupayaan, mereka tidak keberatan untuk memilih produk tersebut.

Featured Tue, 7 Mar 2023

[VIDEO] Baby Shima Ajak Amir Ahnaff Gelek, Netizen Suruh Lari!

Amboi Baby Shima cuba masuk line ke tu?

Trending Wed, 21 Feb 2018

亚裔爸爸失业2年被人资酸「不会英文就滚」女儿伤心贴网后……

人资代表了一间公司的门面,但也绝非每位人资都非常亲切友善。美国一位网友就因为越南裔的爸爸在找工作时,受到人资经理的污辱,气愤地把事情经过PO上网,引发热议,后续还发生了不可思议的效应!

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Featured Tue, 25 May 2021

“Rakyat Yang Lain Berintegriti? Jangan Sibuk Jaga…” – Video PKP Lagi & Lagi Uyaina Arshad Dipuji Ramai

Pelakon dan pengacara Wanita Hari (WHI), Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang mengandungi pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai mengenai situasi semasa COVID-19. Dalam video tersebut, Uyaina menyentuh mengenai sikap […]

Hiburan Mon, 29 Sep 2025
error: Content is protected !!